Sharing from NH 🌸
Alasan paling 'famous' yang biasa kita jumpa daripada anak-anak kecil yang mula berjinak untuk berpuasa di bulan ramadhan."Alamak ibu, lupa lah nak baca niat. Adik makan jelah hari ni"
"Alamak ayah, adik bangun sahur tadi pagi tapi lupa baca niat"
Dan pelbagai alasan lain.
Ibnu Jauzi berkata,
Suatu kejahilan atau kebodohan apabila niat itu dianggap 'lafaz'. Padahal niat itu adalah lintasan 'hati'.
Niat itu adalah dari hati bukan mulut. Niat itu apa yang terlafaz di hati bukan apa yang terlafaz di mulut.
Contohnya,
Kita sudah niat dalam hati, kita akan puasa esok hari. Tetapi selepas sahaja solat terawih kita balik rumah dan tertidur tanpa lafaz niat melalui mulut, Kemudian bangun sahur dan terlupa lagi melafazkan niat.
Adakah puasa itu sah? Ya, Puasa itu sah. Sebab kita sudah niatkan dalam 'hati' kita akan berpuasa esok hari.
Wallahualam.
:')
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Alasan paling 'famous' yang biasa kita jumpa daripada anak-anak kecil yang mula berjinak untuk berpuasa di bulan ramadhan. | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment