Allah akan satukan. | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Kita tidak perlukan ibu yang sempurna di dunia ini.

Mahupun ayah yang sempurna di dunia ini.

Inikan pula kakak abang dan adik-beradik yang sempurna.

Kawan,
Ketahuilah Kita hanya perlukan 'sokongan' sesama sendiri.

Kita akan tumbang jika kita semua mahu memilih untuk tumbang.

Kita juga 'bakal tumbang' jika ada di antara kita yang bersikap seperti 'ingin tumbang'.

Sehingga hari ini saya tidak melihat 'kesempurnaan' sesebuah keluarga itu ditakrifkan dengan keluarga yang punya harta melimpah ruah, rumah gah, kereta mewah, pakaian serba moden mengikut arus semasa, ataupun kesenangan-kesenangan atau kekayaan-kekayaan yang akhirnya kesemua itu membuatkan mereka sekeluarga saling iri hari, dendam, hasad dengki, fitnah-memfitnah, aib-mengaibkan, jatuh-menjatuhkan bahkan sampai ada yang mahu memutuskan persaudaraan asbab si abang tak suka pada si kakak. Si kakak tak suka pada si adik. Si adik tak suka pada si ibu ayah dan sebaliknya.

Kawan,

Hingga hari ini saya melihat sendiri. Kita memang tak memerlukan kesempurnaan daripada ahli keluarga kita. Tetapi kita hanya perlu 'melengkapi' barulah kesempurnaan itu terbina dengan sendirinya.

Kesempurnaan itu dirasai apabila masing-masing saling 'merasakan' kasih sayang Allah adalah segalanya.

Kesempurnaan itu dirasai dari lintasan hati yang murni bukan dari lintasan mata yang kasar. Ya, Bukan dari pandangan kedua anugerah mata tapi hanya dari anugerah 'sebuah hati'.

Di mana kita merasai ketawa bersama.

Kita rasai menangis bersama.

Kita rasai susah bersama.

Kita rasai senang bersama.

Kita ketawa bersama.

Saat paling manis,
Kita rasai 'kekuatan doa' yang dikumpulkan dan disatukan untuk diterbangkan segala pengaduan kita pada Tuhan.

Kita merintih bersama.

Kita memohon bersama.

Kita bangun dan bangkit bersama.

Kita saling menguatkan.

Kita saling percaya antara satu sama lain.

Kita berasa 'takut' dan sangat takut andai jalinan keluarga kita hanya di dunia saja.

Dan tiba-tiba esok Allah takdirkan si kakak di syurga si abang ke neraka. Si ibu ke syurga si ayah ke neraka. Dan sebaliknya.

Kita bersungguh pada Allah.
Kita nangis seolah-olah air mata kita sudah terlalu membanjiri ruang sejadah.

Dada kita sakit menahan sebak.

Dan akhirnya kita terlelap di pengakhir 'kelelahan' setelah sujud sungguh-sungguh, yang mana doa kita telah di akhiri dengan doa yang 'sama' dari semua pihak. Dari si ayah si ibu si kakak si abang si adik-adik.

" Ya Allah. . Kami mahu. Kami sekeluarga tidak terpisah di akhirat ya Allah. Tolong Ya Allah. Tolong kami Ya Allah. Kami tiada siapa-siapa ya Allah. Kami tidak kuat ya Allah. Tolong kami ya Allah. "

Kawan,
Agak-agak jika semua ahli keluarga melafazkan doa itu siang malam dan berganti hari, Allah 'sanggup' tak untuk pisahkan kita ?

Tidak kawan.
Allah akan satukan.

Itu hal yang kita lupa.
Kita lalai dalam hidup berkeluarga.

Ya Allah,
Ampunkan kami.

Terima taubat kami.
Jangan pisahkan kami dengan mak ayah kami di akhirat ya Allah.

- Kak Hassanah
- 10 malam akhir
- 10.42 pm
- 27 june 2016
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Allah akan satukan. | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment