And Allah loves those who endure patiently | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
" And Allah loves those who endure patiently. "

Allah mengasihi orang-orang yang bersabar. Kenapa Allah sayang orang yang sabar ? Sebab tidak semua ada 'kekuatan' untuk pilih kepada tahap bersabar. Hanya orang yang kuat sahaja akan berjaya ke arah fasa ini. Masa kita diuji inilah Allah nak tengok kita ni beriman ke tak dengan Allah ?

Berkali saya pesan dengan semua followers, You can't make people like, love, understand, accept, or be nice to you. You can't control them either. Maka kalau 'rasa' berhambakan manusia, silalah buat semua perkara kerana manusia.

Silalah belajar kerana manusia.
Silalah bekerja kerana manusia.
Silalah berniaga kerana manusia.
Silalah bangun, berjalan, baring dan mati kerana manusia.

Tapi ingat,

Bila 'sekali' kau melakukan semuanya kerana Allah. Hatta kau lah kononnya paling banyak aib, dosa, cela, kurang, kotor, jijik, najis, busuk, dan sebagainya tapi bila mana keburukan yang kita hadapi dengan 'berserah' kepada Allah, Pasti Allah akan mencintainya, menjaganya dan memuliakannya.

Maka kekuatan apa lagi yang boleh menjatuhkanmu? Dia jualah yang akan bertindak kepada mereka yang memburukkanmu.

Dia jualah yang menjadikan mereka hina walaupun mereka memiliki segala topeng kemuliaan. Dan selangkah mereka menghinakanmu, maka selangkah Allah akan menghinakan mereka.

Demikianlah, bagi mereka yang 'berserah diri'.

Sungguh,
Manusia sifatnya mudah lupa dan peringatan adalah bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Maafkan saya membawa kalian dalam arus pemikiran ini. Saya tak sempurna. ??

SHARE jika bermanfaat.
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "And Allah loves those who endure patiently | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment