| Sharing from NH πΈ
Atas dasar tanggungjawab seorang 'muslim', izinkan saya mengulangi benda yang sama.
Sebab newsfeed saya asyik naik gambar makanan yang diupload di fb. Sama ada makanan mewah hatta masakan kampung ia tetap menggiurkan mata yang memandang.
Teringat seorang guru yang menceritakan dia sangat jarang untuk makan di luar. Dulu saya tertanya-tanya, akhirnya saya dapat jawapan.
Pertama sebab taqwa.
Kedua sebab menjaga hak muslimin.
Taqwa:
Disebut dalam kitab Ta'alim Muta'alim, jika melihat seorang guru yang selalu makan di kedai luar maka jangan menuntut ilmu darinya kerana kurang taqwa. Bukan saya yang kata. Kitab yang kata. Ini kerana dibimbangi ada makanan syubhah dalam makanan tersebut atau tukang masak kurang cermat dalam bab taharah. Jika kita hendak makan di luar biarlah kita tahu hal ehwal pemilik serta tukang masak kedai tersebut.
Hak muslimin:
Bimbang-bimbang ketika tengah makan, terlihat seseorang yang tak mampu membeli makanan tetapi terliur ketika melihat kita makan. Dikhuatiri nanti akan disoal pada hari perhitungan kenapa kita tidak menunaikan hak muslimin.
Oleh sebab itulah, tok guru jika ke kedai makan, memilih tempat duduk yang tersembunyi sedikit dari pandangan orang yang lalu lintas di kawasan kedai berkenaan.
Jika murabbi,
Untuk keluar makan di kedai-kedai luar pun sudah rasa terlalu 'takut'. Bagaimana dengan kita yang hari-hari upload gambar makanan di facebook ? Mahupun Instagram ?
Elakkanlah.
Untuk upload gambar-gambar makanan melainkan dengan tujuan mempromosikan perniagaan atau erti kata lain untuk tujuan berniaga sahaja.
Jangan terkejut di akhirat esok lidah kita akan berkata,
" Ya Allah, aku makan makanan mewah tetapi membiarkan saudara seagamaku ketandusan kelaparan. "
Saya pernah up status ini pada tahun 2013 sekali, tahun 2014 sekali, tahun lepas sekali, dan kali ini up lagi untuk tahun 2016.
Ruangan komen saya pernah didatangi dengan kata-kata nista, tapi tidak mengapa.
Saya hanya menyampaikan pesan guru saya. Memang kebenaran dan nasihat itu sentiasa pahit macam ubat.
Tapi ubat itulah yang menyembuhkan kita.
πΈ
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Atas dasar tanggungjawab seorang 'muslim', izinkan saya mengulangi benda yang sama. | Sharing from NH πΈ "
Post a Comment