Bagaimana melatih diri untuk lembutkan hati-hati yang keras dan ego ? | Sharing from NH 🌸

| Sharing from NH 🌸 

Bagaimana melatih diri untuk lembutkan hati-hati yang keras dan ego ?

Menangislah.
Itu jawapan murabbi.

Andai tidak mampu menangis, menangislah kerana tidak 'mampu menangis'.

Lafazlah dengan penuh pengharapan.

Duhai air mata. .

Ku ingin setiap titismu menjadi pembelaku.

Ku ingin setiap titismu menjadi saksiku.

Ku ingin setiap titismu menjadi penyelamatku.

Ku ingin setiap titismu membawaku ke syurga idamanku.

Ku ingin setiap titismu membawa bahagia abadi buatku.

Walau engkau hanya setitis air mata membasahi pipi.

Air mata. . .
Engkau hanya biasa bagi mereka yang 'tidak mengerti'.

Menangislah wahai mata.
Petanda kau hanyalah hamba.

Menangislah wahai mata.
Rintihan hanya buat yang Maha Esa.

Menangislah.

Dalam suram cahaya malam.
Di kala sunyi sepi nan murni.
Dalam asyikan alunan wahyu Tuhan.
Dalam indah kalimah hikmah.
Dalam sebak mengenang dosa.
Dalam syahdu merindu pahala.
Maka. .

Menangislah duhai mata
Biar seketika, biar setiap masa, jika tidak membasahi pipi, biarlah membasahi nurani.

Masih ingatkah satu detik waktu ?

Kelahiran seorang bayi dihiasi tangis nyaring berkumandang menyapa telinga ibu, lalu melonjak hati ibu sebagai penawar sakit dan lesu.

Bermulalah sebuah kehidupan yang bakal mewarnai bumi.
BERDAKWATKAN air mata !

Hidup dimulakan oleh sebuah tangisan.

Hidup decelahi dengan tangisan.

Hidup diakhiri dengan tangisan.

Air mata manusia sentiasa dalam dua, yang MENGUNTUNGKAN atau MERUGIKAN.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.

Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Petikan,
#HenshinMuslimah
#KakHassanah

0 Response to "Bagaimana melatih diri untuk lembutkan hati-hati yang keras dan ego ? | Sharing from NH 🌸 "

Post a Comment