Bayangkan jika kita selama ini berada di dalam gua yang kelam | Sharing from NH 🌸


| Sharing from NH 🌸 

Bayangkan jika kita selama ini berada di dalam gua yang kelam, yang ada hanyalah kelawar dan serpih pecah cahaya singgah di mata. Kemudian kita melangkah keluar darinya buat pertama kali dalam sejarah hidup kita.

Menatap indahnya langit dihias awan.

Menikmati pepohon rendang yang hijaunya tenang dan mendamaikan.

Mengagumi bebasnya burung-burung terbang dan gagahnya matahari yang benderang.

Buat pertama kali kita sedar, selama ini rupa-rupanya kita hanya berada di dalam 'dunia palsu' semata-mata.

Julung-julung kalinya kita juga sedar, bahawa 'wujudnya' sesuatu yang lebih besar dan ternyata lebih indah.

Itu baru saya bawakan anda mengimaginasikan keindahan di luar gua. Bagaimana pula dengan keindahan syurga ?

Inilah realiti sebuah kebangkitan !
Kebangkitan setelah segala persepsi dibiarkan sepi. Wallahi, persepsi itu cinta!

Orang bebas membuat persepsi.
Tapi kita juga berhak untuk 'bebas' dari persepsi mereka.

Bagaimana ?

Jika mereka katakan kita berubah sebab trend!

Maka buktikan kita berubah kerana Allah.

Jika mereka katakan kita berubah kerana tunjuk alim.

Maka buktikan kita berubah kerana Allah.

Jika mereka katakan kita berubah kerana mahu dipuji.

Maka buktikan kita berubah kerana Allah.

Jika kalian menelusuri satu per satu kisah yang saya bawakan dalam buku ini. Kalian akan faham apa 'hikmah' dalam segala perancangan Dia.

Kisah bermula untuk berhenti pakai seksi.

Kisah membeli pakaian labuh.

Kisah difitnah oleh rakan-rakan, dan guru-guru.

Kisah disisihkan oleh ahli keluarga.

Kisah 'keluar' team Netball (kebangsaan).

Kisah digelar syiah oleh sahabat karib.

Kisah gagal STPM (semester 2).

Kisah di santau setelah hijrah.

Kisah menangis sendiri ketika malam, ketawa sendiri ketika malam.

Kisah melihat 'sesuatu' di syiling rumah.

Kisah mengelilingi beberapa pusat rawatan untuk berubat di Sabah.

Kisah diketawakan dan digelak sepupu-sepapat.

Kisah dilontar kata-kata tomahan, makian dan cacian.

Kisah dituduh mencuri.

Kisah solat sembunyi-sembunyi.

Dan banyak lagi.

Saya persembahkan tulisan dari hati ini buat semua muslimin dan muslimat.

Moga beroleh manfaat yang banyak.

Wallahualam.
🌸

#PersepsiTerbiarSepi
#Kurasbuku
#LegasiOakheart

0 Response to "Bayangkan jika kita selama ini berada di dalam gua yang kelam | Sharing from NH 🌸 "

Post a Comment