Belajar tanpa guru adalah Syaitan gurunya. | Sharing from NH 🌸


| Sharing from NH 🌸 

Bismillahirahmannirahim...

Assalamualaikum semua.
Sihat iman ? ??

Malam ini nak kongsi sedikit luahan jiwa dari dasar hati yang paling dalam.
Mengenai dengan Usrah.

Bila sebut tentang usrah.
Ramai anak-anak muda yang berjiwa 'islamik' begitu bangga bila join mana-mana pertubuhan Usrah.

Tak kira lah Usrah Muslimat Sahaja ke. Usrah Muslimin Sahaja ke. Mahupun Usrah yang mencapur adukkan muslimin muslimat. Tidak perlu saya sebutkan nama persatuan-persatuan usrah tertentu.

Alhamdulillah, bagus!
Satu kaedah yang menarik sebenarnya untuk menarik lebih ramai pemuda pemudi mahupun pelajar-pelajar untuk terasa dalam 'biah solehah' itu sendiri.

Dan kalau kita perhatikan hari ini.
Berapa banyak group Whatsapp ditubuhkan tanpa Murabbi ?

Berapa banyak page facebook dibina tanpa Murabbi ?

Berapa banyak Telegram yang dibina serta menggabungkan ramai admin tanpa ada seorang pun Murabbi ?

Berapa banyak yang keluar di bulatan usrah di dunia realiti tanpa Murabbi ?

Berapa banyak ?

Hanya sedikit sahaja peratus group-group whatsapp dipantau oleh para ustaz/ustazah/murabbi.

Hanya sedikit sahaja peratus page facebook yang dipantau oleh ahli pakar.

Hanya sedikit sahaja peratus Channel Telegram yang admin nya benar-benar pakar.

Hanya sedikit sahaja dan hanya sedikit sahaja.

Maaf cakap. Saya tidak bermaksud untuk merebahkan niat baik anda untuk dakwah. Silakan.

Saya tidak bermaksud untuk memburukkan anda, dan sekiranya saya memaksudkannya sudah pasti saya menyebut ahli-ahli tertentu.

Saya tidak bermaksud untuk menghalang perjuangan anda.

Sama sekali tidak.

Tapi saya hanya menegur diri sendiri terutamanya, dan semua orang agar BERHATI-HATI dalam etika
'Menerima' dan 'memberi' ilmu.

Jangan berkata tentang hukum hakam kalau anda tak tahu.

Jangan berkata tentang selok belok agama kalau anda tak tahu.

Pendek cerita,
Jangan berkata-kata ikut akal hang.

Siapa yang pernah bertanya tentang group whatsapp kepada saya. Tanyalah kepada mereka, jawapan apa yang saya berikan ?

Jawapan saya:
1. Bergurulah
2. Mengajilah
3. Talaqqilah Kitab

Ilmu agama itu bukan ilmu yang diambil dengan sewenang-wenangnya yang terjual di majalah tepi-tepi jalan, atau surat khabar Metro yang hanya dikupas sedikit sahaja mengenainya.

Tapi ilmu agama itu kita ambil dari guru yang pakar, kemudian dari kulit hadapan kitab sehingga kulit belakang kitab.

Ilmu itu juga bukan hanya dengan masa 5 minit kita terus bijak mentafsirkannya.

Bahkan 5 tahun sekalipun belum cukup untuk kita mengkaji pelbagai bidang ilmu.

Kita ini jahil.
Kita semua jahil.
Ulamak Muktabar pun asalnya Jahil.

Kalau dah jahil tolonglah buat seperti orang jahil tapi orang orang jahil yang mahu 'belajar'.

Bukan jahil tapi 'mengaku' tak jahil.

Sedangkan para ulamak, dan syeikh-syeikh yang mahir dalam bidang-bidang tertentu pun tidak malu untuk mengatakan, La Adri! Apabila mereka tidak tahu.

Belajar tanpa guru adalah Syaitan gurunya. Itu kata murabbi saya.

Sekian.
Wallahualam.

#KakHassanah

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Belajar tanpa guru adalah Syaitan gurunya. | Sharing from NH 🌸 "

Post a Comment