Bila Hati Tak Ikhlas | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸 

Salam Alaik !

Selamat petang!

Nak share tentang IKHLAS!
" Bila Hati Tak Ikhlas "

Ikhlas ?

Orang yang ikhlas adalah orang yang sentiasa tenang.

Ikhlas itu suci dan tinggi nilainya ??

Apapun perkara, kalau kita lakukan secara ikhlas kita akan dapat ganjaran yang lebih dari Allah.

Siapa yang ikhlas.
Dia bebas

Siapa yang tak ikhlas
Dia rasa terseksa.

Bila tak ikhlas
Solat rasa terseksa

Kerja rasa terseksa

Belajar rasa terseksa

Kahwin rasa terseksa

Buat apa pun dia terseksa
Kerana dia buat secara 'terpaksa'

Cuba bayangkan.

Kita nak pi kerja

Mak suka tengok baju kita,
Tapi ayah tak suka baju kita.

Adik puji baju kita
Tapi sampai office bos tak suka baju kita.

Walhal hanya baju pun manusia sudah bising.

Kalau kita buat apa yang manusia nak, kita akan terseksa.

Tapi kalau kita ikhlas,
Kita akan bebas
Kita pakai baju apa pun
Hatta lontaran apa pun daripada mulut orang

Kita tetap pakai baju yang kita pilih asalkan baju menutup aurat dan Baju yang Allah suka.

Berbanding orang tak ikhlas
Orang kata baju ni cantik
Dia pun tukar,

Orang kata baju ni lawa
Dia pun pakai,

Dia bertuhankan 'pujian'.

Tapi orang yang ikhlas
Baju apa pun,
Lusuh mana pun selagi mana tutup aurat dia ikhlas untuk pakai kerana baju itu baju yang Allah suka. Tutup aurat. Dan yang penting selesa pada dirinya.

Kata imam Al Ghazali
Macam mana nak ikhlaskan hati ?

Buatlah benda itu sebagai 'tradisi' kita.

Kebiasaan kita.
Maka amal dulu, baru akan hadir ikhlas.

Moga kita bertuhankan
Allah semata-mata. Bukan 'pujian'.



Wallahualam

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to " Bila Hati Tak Ikhlas | Sharing from NH 🌸 "

Post a Comment