| Sharing from NH πΈ
Bila hujan turun, saya mesti teringat cerita mama.
Mama cerita benda ni ketika saya berusia 14 tahun, tapi waktu itu saya tak faham sangat. Sampailah saya berusia 20 tahun, mama cerita lagi sekali dan sekarang hingga hari ini masih segar di ingatan saya.
Mama hari ini dah berumur 44 tahun. Sudah 20 tahun tragedi ini, tapi mama sangat-sangat ingat dan benar-benar trauma kejadian itu dalam hidup mama. Mama pernah cakap, antara semua pengalaman hidup mama selama bernafas di muka bumi ini, itulah satu-satu nya pengalaman yang sangat mama tak boleh lupa dunia akhirat. Bayangkan!!!!
Bayangkan pengalaman yang sangat-sangat dahysat!!
Dulu saya masih ingat, waktu tadika sehingga naik darjah 1,2,3 sampailah darjah 6, tiap kali hujan lebat malam. Mama akan berjaga baca Al-quran, mama akan berjaga solat malam. Mama akan berjaga memastikan kami anak-anak selamat. Lepas tu ayah suruh mama tidur, kemudian ayah pula berjaga. Saya masih ingat saat ayah selimutkan saya ketika hujan lebat waktu kecil.
Tapi saya betul-betul tak faham.
Kenapa mama dan ayah berjaga ?
Tiap kali hujan mereka berjaga. Asal hujan mereka tak tidur, mereka akan pantau kami anak-anak. Saya tak faham masa kecil, sebab tak tahu apa-apa.
Sehinggalah saya 14 tahun, (form 2) saya try tanya mama, mak kenapa tiap kali hujan lebat mama dan ayah jaga kakak dan adik2? Masa tu lah tersingkap segalanya.
Mama cerita dari A sampai Z. Tapi saya ingat-ingat lupa. Dan ketika saya semakin matang, saya minta mama ceritakan semula ketika saya berusia 20 tahun, 2 tahun yang lepas.
Rupanya mama dan ayah pernah punya pengalaman menyaksikan dan mengalami sendiri ribut greg di Keningau, Sabah pada tahun 1996.
(Disember). Awak...1996...
Kita sekarang berada di tahun mana ?
2016. Sudah 20 tahun, tapi mama tak lupa.
Mama kata inilah pengalaman mama dunia sampai akhirat dia tak lupa. Dan takkan lupa.
Ketika itu pukul 10 malam, ayah janji dengan mama akan balik rumah lepas
Selesai sedikit kerja di maktab perguruan Keningau. Sebab waktu tu ayah sedang exam. Dalam pukul 10 lebih ayah sampai, mama dah tidurkan saya dan adik husniyah ketika pukul 9 malam lagi. Yang ada ketika itu hanya saya dan adik husniyah. Adik husniyah lahir 1996, June. Saya 1994. Kami berdua saja anak mama dan ayah ketika itu. Bila ayah sampai, mama hidangkan sedikit jamuan buat ayah. Minum kopi panas, makan kuih hasil air tangan mama.
Sehinggalah ayah bergerak ke bilik mandi pada pukul 11 malam untuk bersihkan diri setelah seharian berpeluh. Pukul 11 suku mama kata dia ada terdengar sesuatu yang aneh. Sangat aneh, macam ada bunyi kuat yang sangat kuat entah dari mana. Tapi mama hanya istigfar tak fikir bukan-bukan.
Sehinggalah pukul 11.30 mama sudah dapat 'menangkap' itu bunyi apa. Ya, bunyi ombak. Dalam fikiran mama hanya satu, Tsunami!
Mama kata dia ada satu deria rasa yang bila mana benda tu dia rasa, dia betul-betul akan rasa. Dengan sekuat hati mama ketuk bilik mandi bagitahu ayah ada ombak besar, dan terus mengangkat adik husniyah yang ketika itu masih bayi lagi. Dan ayah pula mengangkat saya.
Dalam keadaan tergesa-gesa, tak tahu sama ada mati atau hidup ayah dan mama menyebut-nyebut lafaz Allahu Akbar tak henti-henti. Mama kata ketika itu sudah nak pukul 12 pagi. Mama dengar bunyi ombak besar tu seolah-olah sudah ada depan rumah. Sudah ada depan mata. Sudah dapat agak akan mati, tiada peluang untuk hidup!
Dapat bayangkan tak betapa kuat bunyi ombak itu ? Betapa besar ombak ribut itu ? Padahal mama kata, ketika dia sedar bunyi itu, rupanya masih jauh ombak besar tu nak sampai rumah. Tapi telahpun memusnahkan beberapa rumah jiran yang di hadapan berhampiran jambatan pegalan keningau. Kerana rumah terletak di kawasan hujung dan terpencil sedikit.
Ayah dan mama ketika berlari nak selamatkan diri nak naik bukit tinggi, mulut tak henti lafaz Allah ! Allah !
Allah ! Berkali sehingga bergetar rasa jiwa benar-benar nak 'perlindungan' sepenuh raga pada Rabb.
Air sudah sampai paras betis ketika itu, sehingga semakin jauh berlari semakin naik air ke paras lutut, semakin jauh semakin naik ke paras pinggang pula, semakin jauh semakin naik ke paras dada. Dan akhirnya mama dan ayah dapat melangkah ke bukit..
Mereka panjat bukit. Dalam keadaan ayah dukung saya, dalam keadaan mama dukung bayi. Panjat tanpa tahu mereka sedang tempuhi apa di kawasan bukit tinggi yang curam. Sehingga mama dan ayah selamat betul2 berada pada puncak tertinggi bukit. Mama kata selepas saja mereka berada di atas, sudah tiada kelihatan ombak yang nak datang. Dan pada waktu itu juga ayah dan mama menjadi saksi melihat pergerakan ombak pasir yang sangat besar dan dahysat sehingga menenggalamkan berpuluh dan ratusan jasad manusia. Tak kira ibu, ayah, anak-anak kecil yang tua atau muda. Kereta musnah! Tanaman hancur! Rumah roboh dek arus yang kuat. Mama dan ayah selamat, tapi bagaimana dengan jiran ? Bagaimana dengan anak-anak jiran ?
Air mata dan perasaan ketika itu hanya Tuhan yang tahu. Itu kata mama. Tragedi itu berterusan dari pukul 1 pagi hingga pukul 6.30 pagi.
Bila redah segala ribut, alangkah terkejutnya mama dan ayah pelbagai jenis mayat manusia dijumpai di merata tempat. Allahurabbi..
Dan paling mereka terkejut bila lihat kaki mama dan ayah keesokan paginya berlumuran darah, luka sana sini, bengkak sana sini, tangan cedera, leher, belakang sakit. Bayangkan mereka sampai lupa dan tak ingat mereka sedang pijak apa, pegang apa, berpaut pada apa, melangkah di kawasan apa, dan sebagainya.
Allah..
Sehinggalah hari ini, saya berfikir,
Kenapa Allah tidak ambil kami ketika itu ? Ketika budak-budak yang tak tahu menahu untuk buat dosa ? Ketika saya masih 'bersih' tak kenal apa itu dosa. Kenapa Allah selamatkan kami ? Kalau tak saya sudah syahid ketika itu.
Dan kemungkinan besar ayah, mama, saya dan adik husniyah terus direct ke syurga Allah.
Saya pernah tanya ayah,
" Ayah kenapa kita tak mati ketika itu ? "
Jawapan ayah,
" Kerana ada agenda/amanah dari Tuhan untuk mama dan ayah selesaikan di dunia. Kerana ada agenda dari Tuhan untuk kakak selesaikan di dunia."
Ya Razaq, Ya Alim,
Mengalir air mata saya.
Dan saya menulis cerita ini dalam keadaan pipi saya basah kerana telinga terngiang-ngiang cerita mama.
Agenda ?
Agenda apa ?
Amanah ?
Amanah apa ?
Adakah saya telah 'melaksanakan' agenda itu ? Adakah saya melakukan amanah dari Rabb ? Adakah saya buat apa keinginan dan kemahuan Tuhan ?
Ya Allah.. Betapa aku manusia yang tak sedar diri, betapa aku manusia yang lalai dari kenikmatan dan tipu helah dunia.
Buat kalian yang baru tahu, tragedi ini direkodkan sebagai tragedi bencana alam yang paling dahysat berlaku di negara ini. Ia telah mencatatkan bilangan angka korban yang paling tinggi berbanding bencana yang lain. Serangan ribut taufan yang menakutkan itu telah melakar sejarah paling besar dalam hidup mama dan ayah. Ada beberapa kampung lenyap dalam sekelip mata oleh arus deras berlumpur.
Pelbagai pemandangan ngeri yang menyayat hati terpapar, yang sukar digambarkan dengan kata-kata, jika anda kaji hari ini. Hasil siasatan, ia berlaku disebabkan pemanasan global, kebiasaannya ia berlaku akibat penebangan hutan dan pelepasan gas rumah hijau yang tidak terkawal. Jika mengikut pengkaji cuaca, tragedi itu berlaku selepas kehadiran tiupan angin tropika dari arah laut cina selatan yang berkelajuan 50 hingga 70 km sejam menghala ke pantai barat sabah dan utara sarawak. Apapun jika kita percaya pada Kuasa Allah, semua itu berlaku kerana Dia menginginkan tanpa siapa mampu menghalang-Nya.
Surah Al-Anfal ayat 24 - 26:
" Takutlah kamu pada azab yang tidak hanya menimpa orang zalim. "
P/s: Jika anda rasa ia kisah dongeng, anda boleh google sekarang (Greg di Keningau Sabah 1996.)
Wallahualam.
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Bila hujan turun, saya mesti teringat cerita mama. | Sharing from NH πΈ "
Post a Comment