| Sharing from NH 🌸
Dari Aisyah radiyallahu anha, beliau berkata, "Demi Allah, saya tidak pernah merasa cemburu kepada para isteri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang lain kecuali kepada Khadijah, meskipun beliau tidak hidup semasa dengan saya. Pernah, pada suatu hari, ketika Rasulullah menyembelih seekor kambing, Baginda berkata,
"Berikanlah sebahagian daging kambing ini kepada teman-teman Khadijah."
Suatu ketika saya marah kepada Rasulullah sambil berkata, "Khadijah?" Lalu Baginda menjawab,
"Sesungguhnya aku benar-benar telah dianugerahi cinta Khadijah." (HR. Muslim)
Diterangkan oleh guru kami kenapa Sayidatina Khadijah radiyallahu anha sangat dicintai Baginda sallallahu alaihi wassallam. Beliau merupakan wanita yang pertama menerima Islam kerana sepanjang perkahwinannya, beliau tidak pernah mendengar Baginda berbohong.
Sebelum sayidatina Khadijah melamar Rasulullah sallallahu alaihi wassallam, ramai lelaki dari golongan bangsawan melamarnya kerana beliau merupakan seorang wanita yang bijak, dimuliakan oleh masyarakat, cantik, mempunyai harta (ahli perniagaan yang berjaya) dan dilahirkan dari keturunan yg mulia. Beliau memilih Rasulullah kerana Baginda seorang yang sangat amanah dan jujur.
Tetapi apabila Rasulullah menerima risalah kenabian, beliau sangat bersungguh-sungguh membantu baginda. Sentiasa berada disamping saat Baginda dicerca, dimaki hamun oleh masyarakat Jahilliyah Makkah.
Hinggakan pada akhir hayat beliau, tubuhnya menjadi kurus dan hartanya habis untuk membantu perjuangan dakwah Baginda sallallahu alaihi wassallam.
Bagaimana mungkin Baginda dapat melupakan seorang wanita yang kedudukannya mulia di mata masyarakat, sanggup hidup dengan Baginda yang dipulau oleh masyarakat dan sentiasa berada disamping saat Baginda berdukacita. Kemudian sanggup pula mengorbankan diri dan hartanya untuk agama.
Sollu Alan Nabiy.
😊
https://telegram.me/kakHassanah
0 Response to "Dari Aisyah radiyallahu anha, beliau berkata, | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment