Sharing from NH 🌸
Dari mana datang cinta ?Kebanyakan daripada kita akan jawab dari mata turun ke hati. Tapi betul ke ? Ke kebetulan ? Ke saja-saja ? Ke suka-suka ?
Sebenarnya cinta datang melalui 'rasa' dari si Pemberi Cinta.
Tak semestinya cinta itu akan hadir setelah kita mengenali paras wajah, setelah kita bertemu empat mata, atau setelah kita saling berpandangan dan bertukar janji manis dan madah bicara. Tak percaya ?
Lihat saja Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah yang kita kasihi. Tidak sempat kita jumpa baginda, tidak pernah bersemuka apatah lagi berdepan dengan baginda, tidak pernah mendengar bicara baginda. Inikan pula melihat bentuk tubuh baginda. Tapi 'rasa' cinta kita terhadap baginda wujud. Ya wujud asbab kita tahu baginda punya pakej yang mulia di sisi Tuhan, tapi sebenarnya sebab Tuhan beri 'rasa' itu kepada mereka yang ingin 'Rasa' itu. Tak faham ? Baca selawat Insya Allah diberi kefahaman.
Kita manusia.
Diberi hati dan perasaan.
Lalu hati dan perasaan inilah yang mengeluarkan pelbagai rasa. Ada bahagia, ada derita, ada kecewa, ada benci, ada sedih, ada sesal, ada tangis, ada rindu, ada kasih, dan segalanya. Hati dan perasaan setiap orang tak sama. Tetapi hati dan perasaan orang yang dahulukan 'Allah', Insya Allah sentiasa sama. Iaitu berusaha mencari redha Allah. Berlari menuju Allah. Inilah matlamat larian yang harus dilakukan oleh setiap umat hari ini.
Sama ada larian pecut, larian anak, atau apa saja jenis larian. Yang utama ialah kemana larian kita tuju. Dan ingat, sekalipun kita lari pecut tetapi bertentangan arah dan matlamat, kita tetap gagal sampai ke destinasi.
Ustaz Ebit pernah kata, Tiada Tuhan yang memberi bahagia melainkan Allah. Jika hari ini berkumpul semua kuasa dan kerajaan dalam dunia untuk beri kita derita, jika Allah kata kita bahagia. Kita pasti bahagia. Allah pemilik segalanya. Dulu, kini, selamanya, Allah pemilik bahagia. Again, Allah pemilik bahagia.
Saya sering melihat semua orang hari ini berebut-rebut mengeluarkan 'fatwa' masing-masing. Berdiri di atas fatwa ciptaan sendiri. Memang ada hadith tentang soal menyembunyikan pertunangan tetapi ia berdiri pada sebuah kenyataan hadith yang lemah.
Berkata guru saya, mereka yang memilih untuk mendedahkan pertunangan asbab meletakkan niat teratas mereka iaitu agar tak mahu diganggu, sebenarnya bukanlah satu keaiban, yang aib bila tak jaga apa yang patut dijaga dalam tempoh pertunangan.
Putus tunang juga bukan aib, yang aib bila tak jaga apa yang patut dijaga dalam tempoh pertunangan.
Hatta tak jadi akad nikah juga bukan aib, yang aib ialah apa yang dijaga tak dijaga sebelum akad dalam tempoh pertunangan.
Dan sebaik-baik pertunangan adalah hanya diketahui oleh keluarga, dan sahabat terdekat sahaja. Jika kalian memilih untuk menghebahkan di alam maya silakan. Tapi jangan dedahkan 'siapa' gerangannya. Biarlah orang lain sudah tahu anda bakal suami atau isteri orang. Itu sudah lebih dari cukup.
Bahkan hal ini membawa kebaikan kepada kita sendiri. Secara tidak langsung, harapan-harapan yang pernah hadir dalam diam, dalam senyap dari kejauhan akan semakin padam atas dasar hormat kepada 'status' anda.
Kuncinya satu.
Jaga apa yang patut dijaga.
Benar iman naik turun.
Sebab itu Quran diturunkan.
Untuk mengubah hati,
Dari jahat kepada baik
Dari negatif kepada positif
Dari kotor kepada bersih
Dari gelap kepada terang
Dari bengkok kepada lurus
Dan akhirnya 'cahaya keimanan' hadir lagi dan lagi. Sehingga meyakini sebenarnya diri setiap insan itu bertunang dengan kematian. Hatta yang sudah bersuami dan beristeri, anda tetap tunang kepada kematian. Takkan pernah 'putus' sekalipun kita berusaha untuk 'putuskan'.
Maka baca.
Baca quran.
Bila Cinta, rindu, sayang, benci, geram, sakit hati, derita, stress, trauma, tekanan, kecewa, maka baca Quran.
Kita jaga Quran, Quran jaga kita.
Bayangkan satu masa dalam kubur ketika malaikat nak pukul kita dengan kuat dan pedih, datang satu suara berkata,
" Lepaskan dia. Jangan pukul dia. "
Lalu malaikat bertanya, siapa kau ?
" Aku (quran) sahabat, teman, kawan dan pendamping dia semasa hayatnya. "
Masya Allah. Can you imagine that my dear sister and brother ?
Kepada yang sedang bertunang tapi diuji macam-macam ujian demi ujian bertabahlah. Semoga Allah meninggikan lagi darjat atas kesabaran yang berterusan. Ujian bertunang biasanya hanya akan terjadi jika si lelaki dan si perempuan 24 hour contact sakan. Maka kurangkan komunikasi sebaliknya lebihkan berdoa. Semakin banyak berhubung semakin tahulah syaitan menyesatkan.
Kurangkan memikirkan antara satu sama lain sebaliknya sibukkan diri untuk mencari rezeki bagi menghalalkan dengan segera. Letakkan sahaja bakal isteri dan bakal suami pada doa-doa kalian, terbangkan doa itu di langit sana. Dan yakinilah ada Tuhan yang menyambut doa-doa yang tulus itu.
Bersyukurlah dan pujilah Tuhan yang satu jika dalam tempoh pertunangan kita dapat memelihara rasa asbab 'jarak' yang jauh. Bukan mencari alasan kononnya jarak adalah punca hati berbolak atau berbelah bahagi. Jika benar cinta yang dibawa kerana mendahulukan Allah kau takkan salahkan Allah atas jarak itu.
Mungkin seorang di Malaysia seorang di Brazil. Who knows ? Segala Puji kepada-Mu Ya Allah kerana menciptakan 'jarak' ini, untuk memelihara 'rasa' ini. Cuba belajar untuk berdoa seperti ini, memuji Allah seperti ini, bersangka baik kepada Allah seperti ini. Be the solution, not the problem. Know that the most valuable things in life are not things.
Laluilah hidup ini dengan cinta.
Cinta kepada-Nya.
Kerana kita milik-Nya.
Kepada yang diuji untuk 'menahan' sebuah cinta, sebuah rindu, sebuah kasih. Perbanyakkanlah mengigati Allah. Moga-moga perasaan masih berada pada landasan yang lurus. Jika matinya seorang wanita atau pemuda yang menahan perasaannya kepada nafsunya kerana memikirkan ilmu yang wajib ke atasnya untuk dituntut. Maka syahidlah mereka ke dalam jalan Allah. Itu kata-kata murabbi saya yang masih terngiang-ngiang di telinga hingga saat ini. Maka janganlah takut atau risau jika mati dalam keadaan meneruskan amanah ibu ayah dalam pencarian ilmu. Besar hadiah Allah kepada kalian sekiranya kalian (bertakwa).
Selamat meneruskan perjuangan mencari ilmu dan cinta Allah kepada semua pasangan yang 'telah' bertunang tetapi berpisah dalam jarak yang jauh demi sebuah ilmu kepada sebuah generasi yang bakal tercipta daripada rahimnya seorang wanita yang mulia.
Katakan kepada tunang masing-masing,
Katakan kepada bakal suami dan bakal isteri masing-masing,
" Aku bukan milik kau. Kau bukan milik aku. Kita milik Allah. "
Ya Allah, KAU lah segalanya.
Last but not least, what you see with your eyes is not the whole story, so leave the judging part to Allah.
Tersenyumlah.
Dan teruskan kehidupan !
Share jika bermanfaat.
- NHhttps://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Dari mana datang cinta ? | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment