Di dalam otak manusia terdapat dua hemisfera, hemisfera kanan dan kiri. | Sharing from NH 🌸


| Sharing from NH 🌸 

Di dalam otak manusia terdapat dua hemisfera, hemisfera kanan dan kiri. Kedua-dua hemisfera ini disambungkan oleh titian neural yang disebut kopus kalosum. Apabila pakar bedah mengerat kopus kalosum untuk mengelakkan serangan kepada pesakit sawan, mereka dapati bahawa otak kanan dan kiri menunjukkan perlakuan yang berbeza apabila terpisah. Otak kiri suka bercakap, tetapi otak kanan hanya berupaya memahami gambar tanpa bercerita mengenai gambar. Syariah, Hadis, dan semua kata atau kalimah yang digunakan untuk mengawal perlakuan kita sebagai orang islam mestilah difahami oleh otak kiri yang mempunyai kemahiran memproses bahasa. Sebaliknya otak kanan merupakan hal yang terlibat dengan kesenian dan dimanfaatkan untuk tujuan zikir, inspirasi dan sebagainya. Imam malik berkata, tarekat tanpa syariah boleh merosakkan iman seseorang sementara sesiapa yang belajar tentang hukum-hakam Allah tanpa mengamalkan tarekat juga boleh merosakkan dirinya.

Oleh itu, Orang Islam perlu manfaatkan kedua-dua sisi otak, daripada kedua-dua hemisfera. Hanya orang yang menggunakan kedua-dua belah otak dapat mencari kebenaran. Saya tidak memilih tarekat berbanding dengan syariah, tetapi saya yakin syariah tanpa tarekat boleh mencetuskan fundamentalisme fanatik, malahan keganasan.


#KakHassanah
#SebarkanIbrah

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Di dalam otak manusia terdapat dua hemisfera, hemisfera kanan dan kiri. | Sharing from NH 🌸 "

Post a Comment