Sharing from NH 🌸
Fb: Nurul HassanahRamai ja rupanya puak-puak 'abdul wahab' dalam friend list aku ni. Maulidur rasul takleh buat sebab takda dalil. Baca yasin malam jumaat nabi tak buat takda dalil. So jangan buat. Baca al fatihah kat ibu bapa, konfem tak sampai sebab tak ada dalil. Hahahaha.
Semua yang nabi tak buat jangan kita buat. Bidaah masuk neraka jahanam!
Sebenarnya saya malas untuk ulas lagi benda ni, tapi disebabkan saya tengok terlalu ramai puak 'abdul wahab' dalam friendlist fb ni so saya 'bertanggungjawab' untuk mengulangi benda yang sama selagi masih bernafas kat bumi ni. Saya akui ilmu saya belum sampai tahap 'alim', tapi dengan adanya sedikit pengalaman masuk pondok dahulu, syukur Alhamdulillah dapat bezakan ajaran ahli sunnah wal jamaah mahupun ajaran yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah.
Kalau kita belek quran. Terlalu banyak firman Allah yang tak dijelaskan secara 'direct' bahkan untuk memahaminya kenalah dengan berguru. Bukan tafsir sesuka hati secara sendiri. Allah ada berfirman, bergembiralah dengan kelahiran Rasulullah. Bahkan Allah juga ada sebut dalam quran, berselawatlah ke atas Rasulullah.
Ya memang Allah tak kata, wahai semua orang sila buat maulidur rasul. Tapi isunya kat sini kalau kita nak sambut juga, nak buat juga ia bukanlah perkara yang 'haram' ataupun perkara yang 'salah'. Sebab kalau rujuk balik firman Allah tentang kekasih kita Rasulullah, Dia nak semua hamba-Nya memuliakan Rasulullah. So pasai apa ulamak ahli sunnah wal jamaah buat maulid ni ? Depa buat sebab nak kita ni mengigati kat Nabi. Meraikan perjuangan nabi, pengorbanan nabi, kasih sayang nabi. So berdosa ka?
Ingat, menghormati maulid nabi sama seperti kita membesarkan dan meninggikan darjat agama islam sebab Rasulullah adalah 'simbol' bagi agama islam. Ini contoh sahaja. Sebab asyik naik isu takda dalil takda dalil takda dalil. Sama juga dengan kes tahlil, baca yaasin semua tu. Tak habis-habis dalil.
Kalau dulu orang mengaji ilmu agama, mereka datang surau atau masjid. Orang sekarang nak belajar agama mereka datang pondok, datang madrasah, datang pusat tahfiz bahkan hari ini ada juga yang boleh belajar agama dalam kelas yang ada 'aircond'. Tapi tetap tujuan yang sama iaitu ingin belajar agama.
Kalau guru dulu-dulu mereka menulis guna kapur putih dekat papan hijau, tapi guru hari ini mereka guna LCD, mereka guna whiteboard, mereka guna marker pen, dan ada juga guru yang just bercakap sahaja then kita yang kena alert untuk take note.
Kalau budak tadika dulu, mereka belajar matematik mereka lebih banyak menggunakan 'jari' untuk menghitung kalau tak percaya kau tanya nenek kau pasai sifir 6 ke sifir 5 ke. Dia guna jari ja and dapat jawapan. Tapi budak-budak hari ini kalau depa belajar matematik, mereka diberikan 'alat bantuan' untuk menyelesaikan setiap soalan. Contohnya kira sambil menghitung bilangan pensel, guna bola warna warni, guna epal dan sebagainya.
Sebab apa ? Sebab ia proses manusia untuk 'lebih faham'. Sama juga apa yang ulamak galakkan kepada kita hari ini. Bukan saja-saja. Bukan sebab ulamak ni dah tahap maksum mengalahkan nabi tapi sebab kita ni masih 'perlu' memahami dan menelaah lagi banyak perkara maka ulamak bantu kita ke arah itu.
Kalau reason kita sebab benda tu nabi tak buat. Kenapa pakai kereta honda nak pi kerja ? Nabi tak buat benda tu. Sila tunggang unta ketika lalu tol untuk lalui semua highway hahaha. Kenapa pakai henfon untuk baca mana-mana pengisian agama daripada media ? Nabi tak buat pun macam tu. Kenapa suka sangat order milo ais kalau pi restoran ? Nabi suka susu kambing hahaha.
Kalaulah program qasidah dan majlis selawat ke atas nabi pun nak ada dalil, sila mereput tengok artis melalak buat konsert. Ohya, nabi tak main facebook. Bidaah masuk neraka hahaha. 😌
Selamat malam.
Kalau nak SHARE sila.
https://telegram.me/kakHassanah
0 Response to "Fb: Nurul Hassanah | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment