Sharing from NH 🌸
Ini nasihat saya bagi yang nak jadi baik. Buat dan amalkan secara konsisten 3 perkara ini.1. Solat jangan dilengahkan.
Masuk waktu terus berpusu-pusu menuju ke rumah Allah. Berebut-rebut untuk menunaikan kewajipan. Bagi yang lelaki sila latih solat dalam masjid. Bagi yang perempuan rumah afdhal. Tapi kalau ada suami, boleh sama-sama ke masjid. Orang yang 'excited' nak jumpa Allah, kadang azan belum berkumandang pun sudah sedia lengkap dengan wuduk dan pakaian solat.
2. Membaca Al-Quran di mana-mana.
Menunggu pelanggan masuk kedai, dalam restoran, dalam teksi, naik bas, dalam train, ketika beriadah, ketika di library, ketika di busstop, ketika menunggu di kaunter hospital, dan di mana-mana saja. Kalamullah suci terus dibaca dan dibaca.
3. Beri salam pada sesiapa.
Jumpa orang di kedai, berselisih dengan masyarakat di pasar, terjumpa siapa-siapa di satu kawasan Universiti, terserempak dengan jiran dalam bas. Latih lidah untuk lafazkan dekat bibir perkataan Assalamualaikum. Pahala orang bagi salam dan sebarkan salam, akan dipandang Allah. Jadikan sebagai sikap kekal. Kadang ada yang lebih berusia lagi laju memberikan salam pada kita yang muda ni. Tak malu ke ?
Carilah mutiara-mutiara yang 'berharga' walau di mana jua. Dan jadilah 'mutiara' berharga itu terlebih dahulu. Wallahualam.
SHARE jika bermanfaat.
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Ini nasihat saya bagi yang nak jadi baik. | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment