Wednesday, April 26, 2017
Inilah perasaan 'pelik' yang selalu saya rasakan saat menjadi anak perantau satu masa dulu hingga hari ini. . | Sharing from NH 🌸
| Sharing from NH 🌸
Pelik.
Nak kata tak solat, solat.
Nak kata tak ngaji, ngaji.
Nak kata tak zikir, zikir.
Nak kata tak istigfar, istigfar.
Inilah perasaan 'pelik' yang selalu saya rasakan saat menjadi anak perantau satu masa dulu hingga hari ini.
Ya. Hingga hari ini.
Dari bangun paginya hingga tidur malam harinya. Buat amalan ini itu tapi masih tak tenang. Masih rasa bersalah macam nak menitiskan air mata. Nak kata tak maafkan orang yang menzalimi sebelum tidur, selalu buat. Seolah ada sesuatu yang buat jiwa 'tak sedap hati'.
Sebelum tidur 2 rakaat solat taubat itu kadang sudah jadi satu 'ketagihan'. Menangis, berdoa, merayu, memohon ampun pada Dia setiap kali hendak melelapkan mata menutup 'kisah' setiap hari.
Kesibukan yang melanda diri.
Komitmen yang pelbagai.
Diletak tepi dan tepi.
Namun pelik.
Masih ada rasa 'lain'.
Dan kadang bila saya sedar yang saya 'terlupa' tanggungjawab wajib setiap hari, barulah saya terus menitiskan air mata dan menaip sesuatu mesej di keypad hp.
" Mak... Maaf kakak lupa bertanya khabar hari ini. Kakak sayang mak kerana Allah. "
" Ayah... Maaf kakak lupa bertanya khabar hari ini. Kakak sayang ayah kerana Allah. "
Sent.
Dan itulah rutin tiap kali terlupa melaksanakan komitmen sebagai seorang 'anak' selain dari mendoakan mereka.
Menangis dan tidur dalam keadaan diri rasa bersalah tidak bertanya khabar pada orang tua itu lebih mulia daripada menangis rasa bersalah terhadap 'makwe/pakwe' atas kesalahfahaman setiap hari.
Berkali saya set dekat kepala dan doa rutin,
" Ya Allah. Jangan biar aku lupa diri, aku adalah anak. Yang punya ibu dan ayah yang banyak berkorban. Kasihani ibu ayah ku Ya Allah. Jagalah ibu ayah di kampung. Peliharalah mereka. Kau sebaik-baik penjaga dan Pemelihara.
Lagi dan lagi.
Hingga titisan air mata rindu kerana Allah menjadi 'saksi'.
Kamu,
Moga tidak 'terlambat'
Untuk sedar. .
Sedar diri.
- Kak Hassanah
https://telegram.me/KakHassanah

0 Response to "Inilah perasaan 'pelik' yang selalu saya rasakan saat menjadi anak perantau satu masa dulu hingga hari ini. . | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment