Sharing from NH 🌸
Assalamualaikum semua.Selamat pagi dan salam jumaat.
Saya doakan kawan-kawan sentiasa dirahmati, dan sentiasa dilancarkan segala urusan. Allahumma Amen. ??
Pagi ini saya nak sharing bagaimana saya istiqamah untuk 'baca' ayat-ayat quran everyday. Means dalam sehari memang tak tinggal baca quran. Sebab bila saya scroll inbox dalam messenger ramai yang tanya macam mana nak didik diri supaya sentiasa rajin baca quran? Cuma yelah, kalau saya ada mood nak ulas saya akan ulas. Itupun kalau saya ingat hehe. Jadi beratus inbox soalan lagi nanti saya ulas anytime. Insya Allah.
Setiap orang ada cara tersendiri. Kalau kawan-kawan nak tahu, baca quran ni kena ada disiplin macam kita nak makan, kalau kita tak atur makan maybe kita akan sakit perut, sakit gastrik, sakit kepala, pening, dan sebagainya. Sebab tiada disiplin untuk atur jadual makan.
Begitu juga dengan quran. Kalau kita takda disiplin kita pun akan lapar. Ya 'rohani' kita akan lapar, rasa tak kenyang dan rasa ada yang kurang. Serba tak kena, gelisah, tak tenang dan macam-macam masalah kecil pun kita boleh besar-besarkan, masalah kecil pun kita dah marah macam setaaaannnn haha. ‚ ok ok gurau. K serius.
Ok how ? Caranya adalah.
1. Setiap kali sebelum tidur malam saya baca 3 qul. Kemudian Al-Mulk.
2. Lepas solat subuh baca al-mathurat. Petang lepas asar baca al-mathurat.
3. Keluar rumah atau nak pi mana-mana, mall ke kelas ke, jumpa orang ke, meeting ke, usrah ke, saya amal ayat qursi.
4. Malam jumaat saya baca yaasin.
5. Pagi hari jumaat saya baca al-kahfi. Atau kalau tiada masa siang, selepas maghrib saya baca al-kahfi.
Lebih kurang macam ni ja lah rutin harian. Mana ada saya duk selak berlembar-lembar berjam-jam, baca quran. Mana ada saya 24 jam ngadap quran.
Means kalian sendiri boleh tengok lah bagaimana saya susun dan disiplinkan cara baca quran setiap hari. Secara ringkasnya, dalam 1 hari tu, saya wajib baca al-mathurat pagi petang, saya wajib baca al-mulk sebelum tidur, saya wajib baca ayat kursi sebelum keluar ke mana-mana. Ok nampak tak ? Ada 3 4 surah ja dalam setiap hari. Tapi ini pun, cara yang saya 'didik' dalam rutin harian.
Sebab apa kawan ? Sebab bila kita dah didik hari-hari baca surah tu, maka sebenarnya kita akan ada 'kemahuan' untuk tambahkan lagi kerajinan tu. Dengan sendirinya dan secara automatiknya, kita akan jadi rindu dan even kita dah baca al-mathurat pagi petang, kita dah al-mulk sebelum lelap malam, kita akan 'cari' masa untuk dating dengan quran. Yes ! This is the reason why saya disiplinkan baca ini itu pagi petang dan sebelum tidur.
Nanti kita terdetik akan baca quran dalam kelas maybe semasa tiada lect, kita akan baca quran dalam bas, dalam tren, kita akan baca quran dekat library kalau bosan hadap thesis, kita akan baca quran kat kafe sementara tunggu order, kita akan baca quran dekat bangku hospital sebelum dipanggil oleh doktor dan macam-macam lagi. Semua ini akan terdetik kalau kita disiplinkan dulu untuk 'save' amalan-amalan yang 'wajib' ke atas diri kita. Faham ke faham ?
Yes ! Memang baca quran tu hukumnya tak wajib. Tapi maksud saya. Kita 'wajibkan' ke atas kita bacaan apa yang perlu kita amal siang malam barulah akan bertambah amalan lain secara konsisten dan istiqamah.
Yes. Saya pun manusia. Iman kadang low. Saya sibuk urusan dunia siang malam. But at last, kalau sebelum tidur saya ambil wuduk dan peluk quran dakap dia sungguh-sungguh dan saya bercakap sorang-sorang,
" Ya Allah. Apalah dosaku hari ini sampai aku malas nak baca ayat-ayat quran Ya Allah. Ampunilah aku. "
Then baca 3 qul. Terus tido. Haa yang ni kalau tahap malas punya. At least, saya mohon ampun pada Allah..
Saya di sini bukan nak kata saya ni baik. Tapi saya di sini nak sama-sama semua berfikir dan muhasabah apakah tujuan kita hidup dan diciptakan. Bukankah untuk nak 'jadi' baik. ?
Semoga Allah ampunkan kita.
Atas dosa dan maksiat yang sembunyi atau terangan asbab amalan-amalan yang istiqamah dan nawaitu yang ikhlas.
Amen.
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Istiqamah untuk 'baca' ayat-ayat quran | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment