Kadang-kadang saya ada terdengar keluhan beberapa sahabat yang mana mereka 'membantu' seseorang tapi dalam keadaan 'terpaksa'. | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Kadang-kadang saya ada terdengar keluhan beberapa sahabat yang mana mereka 'membantu' seseorang tapi dalam keadaan 'terpaksa'.

Bagaimana ?
Contoh situasi.

1. Kau sedang makan dekat restoran. Ada makcik jual kerepek harga rm 3. Kau bagi RM 10, makcik tu kata takda duit kecik. Kau pun kata takpelah makcik simpan je bakinya. Tapi dalam hati kau geram rasa marah semacam.

2. Kau sedang duduk kat ktm, sedang rileks-rileks santai main hp. Ada ibu yang hamil masuk tapi seat full. Kau buat-buat pandang hp dan berharap orang sebelah akan bangun dan ibu mengandung tu dapat duduk. Tapi orang sebelah pun tak bangun-bangun. So kau 'terpaksa' lah bangun bagi duduk ibu hamil tu.

3. Kau sedang study dalam kelas dengan kawan-kawan. Tiba-tiba ada pelajar senior ketuk pintu and minta derma sekian-sekian. Kau pandang semua orang bagi masuk duit kat tabung so kau pun bagi masuk juga padahal dalam hati buat dalam keadaan terpaksa, kau pun rasa terbeban sebab wang belanja pun makin sikit.

Banyak lagi contoh situasi yang mana kita buat 'kebaikan' tapi dalam keadaan 'terpaksa'. Kalian sendiri boleh senaraikan kebaikan yang lain tapi dalam keadaan terpaksa.

Kawan, sebenarnya kita dipilih untuk membantu seseorang bukan kerana orang itu perlukan sangat bantuan kita, tetapi kerana Allah ingin kita membantu diri kita sendiri sebenarnya.

Again, Allah ingin kita bantu diri sendiri.

Share jika bermanfaat.
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Kadang-kadang saya ada terdengar keluhan beberapa sahabat yang mana mereka 'membantu' seseorang tapi dalam keadaan 'terpaksa'. | Sharing from NH 🌸 "

Post a Comment