Kadang kita salah tafsir dengan ayat, | Sharing from NH 🌸



| Sharing from NH 🌸 

Kadang kita salah tafsir dengan ayat,
" menjadi rebutan adalah satu kehinaan. "

But remember, tak semua benda akan mendatangkan 'kehinaan' jika kita tahu 'untuk siapa' sebenarnya diri. Ada 2 kemungkinan.

1. Direbut untuk dijadikan 'patung barbie' lalu dibuang.

2. Direbut untuk dijadikan 'ummi' buat zuriatnya lalu dihargai sepanjang hayat.

Kita dengan penilaian kita selalu 'tersasar'.

Jika kamu kata banyak syabab plastik. Maka muslimat plastik lagi ramai sebenarnya. Dirimu cerminan dirinya. Jangan berkata-kata seolah-olah kita dapat membaca niat manusia. Kerana seplastik-plastik pun semua lelaki. Pasti terselit 1, 2 orang yang bukan plastik.

Tidak semua ikhwah plastik
Tidak semua akhwat plastik

Tapi memang tak tipu
Ramai 'plastik'

Biar kita cakap serupa bikin, jika tidak nanti apa kita nak jawab pada Allah? Dengan manusia kita boleh elak-elak, dengan Allah, tidak.

Apa pun muhasabah dan tarbiyah diri kita mudahan recycle plastik jadi yang ori. Wallahualam.

Lagi satu, kalau betul diri 'rimas' dilamar-lamar, cek balik album di fb masing-masing. Cek balik status yang diupdate. Ada unsur-unsur 'gedik' ke takda.

Jangan bila dilamar.
Kita pula up post.

" pelik kaum adam yang tak tahu malu hantar chat tak senonoh. "
Etc2....

Walhal kita yang 'membangkitkan' ketidaksenonoh itu.

Jadilah muslimah yang punya prinsip.

Jika disuruh pilih emas atau permata. Hatta beribu bilion.

Tetap perjuangkan
'Kesucian'

Pada yang bujang,

Bila bersendiri, akan timbul rasa manisnya mencintai Allah. Jika kita 'tahu' caranya. Sebab, kebergantungan kita pada Allah, lebih tinggi berbanding manusia.

Allah sengaja didik kita begitu. Sebab akhirnya nanti, kita memang akan bersendiri. Moga, atas segala kesengajaan 🌸 dalam takdir dan pilihan Allah ini, akan sentiasa dicukupkan dengan cintaNya yang lebih manis!

Hehe. .
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Kadang kita salah tafsir dengan ayat, | Sharing from NH 🌸 "

Post a Comment