Kak H teringat kata2 murabbi ketika di pondok. | Sharing from NH 🌸

| Sharing from NH 🌸 

Kak H teringat kata2 murabbi ketika di pondok.

Sebelum 'beria-ia' mendidik anak2 menjadi hafiz dan hafizah.

Sila kenalkan mereka kepada Tuhan.

Sebab ramai anak-anak hari ini boleh baca quran. Bahkan hafaz quran. Hebat ! Masya-Allah!

Tapi lemah bab mengenal Tuhan.

Kerana mengenal Tuhan adalah perihal akidah.

Tak tahu baca dan hafaz quran.
Boleh belajar nanti.

Tapi tak tahu mengenal Tuhan
Nanti-nanti dah jadi sesat.

Ajarilah anak-anak,
Tuhan wujud tidak bertempat.
Tuhan tidak menyerupai sesiapa. Maha Tunggal!
Maha Berkehendak ! Kekal,
dan banyak lagi.

Luruskan Akidah
Kemudian terokailah quran.

Sebab jika quran dulu kemudian akidah, belum tentu pemahamannya tepat untuk mengenal Tuhan.

Tapi jika akidah dulu kemudian quran tentu akidahnya benar dan pemahamannya mengenal Tuhan dan terokai quran lebih tepat.

Wallahualam.

#KakHassanah
#SebarkanIbrah
#GambarSekadarHiasan

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Kak H teringat kata2 murabbi ketika di pondok. | Sharing from NH 🌸 "

Post a Comment