Sharing from NH 🌸
Assalamualaikum semua.Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai keajaiban selawat. Sesiapa yang berselawat akan berpeluang cerah mendapat syafaat baginda berbanding golongan yang sebaliknya. Tidak susah pun, kerana ia boleh diamalkan sepanjang hari tanpa menganggu aktiviti harian. Sama ada ketika kita sedang memandu, menyediakan juadah, sedang tidurkan anak, sedang membaiki motosikal yang rosak ataupun ketika berbaris di bank. Dan sebagainya. Jadikan ia satu amalan yang mahu dilakukan sepanjang hari pada setiap masa. Pertamanya, saya kurang amalkan selawat. Namun pernah berlaku pelbagai kejadian 'ajaib' membuatkan saya rajin mengamalkan selawat. Kerja-kerja saya menjadi mudah serta merta. Antaranya:
1. Saya pernah memandu mahu keluar dari simpang T yang laluannya sangat sibuk dengan cara pemanduan yang tidak berhemah. Apabila saya selawat, dengan mudah saya boleh keluar dari simpang tersebut dengan elok. Subhanallah.
2. Saya pernah memandu dalam keadaan lalu lintas yang agak sibuk. Ketika itu saya ke pekan sebentar dan perlu balik semula ke tempat pengajian kerana ada exam. Start exam pada jam 2 petang. Lagi 15 minit masa yang berbaki. Melihat keadaan kenderaan di sekeliling membuatkan saya bertanya pada diri. "Sempatkah aku ni Ya Allah ?". Namun saya tidak pernah terfikir bukan-bukan. Saya berdoa ketika itu, Ya Allah tolong permudahkan urusanku. Sambil mulut terkumat kamit membaca selawat terus dan terus. Alhamdulillah walaupun sampai pada jam 2.10 minit, rupanya pengawas belum sampai kerana melawat anaknya terlebih dulu di hospital. Exam pun dimulakan pada jam 2.30. Subhanallah.
3. Pernah satu hari kami sekeluarga telah menerima tetamu yang bertandang secara mengejut. Saya ke dapur membantu mama menyediakan juadah untuk makan tengah hari. Saya terus membasuh beras tetapi ragu-ragu, apakah cukup nasi ini nanti? Risau pula nasi tidak mencukupi. Tetamu pula agak ramai. Dengan tenang mama berkata, "berselawatlah. .insya Allah cukup".saya ikut nasihat mama dan memang di luar jangkaan saya. Nasi tersebut mencukupi. Periuk kami hanya mampu menampung 8 orang mkn. Tetapi tetamu yang datang melebihi 14 orang. Malah ada yang menambah nasi ketika itu. Subhanallah.
4. Saya masih ingat ketika kanak-kanak, usia masa tu kalau tak silap 10 tahun. Mama pesan jika bermain di halaman rumah, berhati-hati jangan sampai terjatuh ataupun terluka. Sebanyak mana mama berpesan, sebanyak itulah saya degil. Saya jatuh dan luka di lutut. Salah siapa? Salah siapa lagi jika bukan salah tanah di depan rumah yang tidak rata ! Mana ada budak usia sebegitu mengaku itu salah sendiri. Lalalala. . . . Mama kemudian berselawat ke atas nabi. Saya tanya mama, kenapa nak minta kesembuhan dari nabi? Mama menjelaskan kita perlu memohon izin Allah supaya luka itu sembuh berbekalkan syafaat nabi. Walaupun darah masih mengalir di lutut tetapi rasa pedih itu hilang tiba-tiba. Subhanallah.
5. Ketika sedang menggoreng di dapur juga. Sering terjadi minyak yang panas akan melompat kerana saya memasukkan ikan, ayam, udang, sotong dan lain-lain menyebabkan percikan minyak terkena di lengan. Saya hanya membaca selawat dan mengusap 3 kali pada lengan tanpa perlu membuka kotak kecemasan dan mengambil minyak urut. Lengan juga tiada kesan melecur. Subhanallah.
6. Ketika tahun pertama di Universiti, saya di amanahkan menjadi pengacara dalam satu majlis besar yang melibatkan VVIP dari pelbagai tempat. Memandangkan saya memang dah lama tak naik stage, apa lagi berhadapan dengan ramai manusia sehingga ribu, memang tak tenang, sejuk, nervous, nak ke toilet, semua perasaan ada. Tapi bila saya perbanyakkan selawat demi selawat. Alhamdulillah degupan jantung kembali normal. Setiap pertuturan juga teratur dan kemas, bahkan ramai yang terpegun saat saya melontarkan pantun demi pantun. Subhanallah.
7. Saya pernah ke kafe di Uni dan terus bergegas ke kaunter pesan nasi goreng kampung kemudian duduk. Tunggu siap dibungkus. Masa duduk tu saya belek dompet, alangkah terkejutnya saya memang ada dua keping sahaja note biru rm2 berbaki dalam dompet. Baru saya ingat, semalam semasa n
Sharing from NH ?? [17.05.16 08:28]
ak keluarkan wang dekat mesin ATM, mesin tu rosak. Dalam hati, Ya Allah. Macam mana ni ? Dah order dah. Saya terus selawat banyak kali. Kebetulan masa tu pesanan siap. Bila saya minta maaf dekat pakcik tu sebab tak jadi beli, siap bagitahu keadaan saya. Dengan mudah pakcik tu cakap, "takpa nak. Ambil lah. Pakcik beri percuma". Subhanallah.
8. Ketika saya di kolej menyiapkan tugasan yang bertimbun, saya tiba-tiba jadi stress dan nak marah sebab printer buat hal. Bayangkan tiap kali tekan print, dia asyik stuck dan stuck kemudian setiap kertas jadi rosak. Kertas yang rosak lebih dari 20 helai. Fuh! Memang geram. Saya teringat pesan mama, kalau ada kesukaran cuba selawat banyak. Masa tu saya istigfar dan selawat banyak-banyak. Tiba-tiba ada member datang bilik dan bila nampak kondisi saya dia suggest print dekat dia, free of charge! Subhanallah.
9. Ketika cuti semester Uni, saya memang akan balik ke kampung setelah talaqqi beberapa bulan di pondok. Jadi, adik bongsu memang rindu dan asyik nak lekat dengan saya. Saya ke dapur, dia ikut. Saya ke bilik, dia ikut, saya ke ruang tamu dia ikut. Saya ke mana-mana dia ikut. Jadi setiap langkah dia saya kena perhatikan. Sebab dia sedikit lasak macam kakaknya. Sikit-sikit nak lari, sikit-sikit nak main. Maklumlah baru 6 tahun. Eh terpanjang pula membebel hahaha. Ok, adik pernah jatuh atas sofa kemudian kepala terhantuk. Apa lagi, menangis lah jawabnya. Saya tak tahu kenapa saya dengan yakin usap kepala adik mulut lafaz selawat ke atas baginda. Saya yakin ada syafaat nabi. Terus adik diam dan bila cek kepala memang tiada bengkak padahal kuat juga terhantuk tadi. Subhanallah.
10. Selalu tersebar di media kalau rindu seseorang letak tangan di dada baca Al fatihah dan sebut nama orang tu. Tapi murabbi saya pernah kata, kalau betul rindu seseorang. Sepatutnya baginda lah di utamakan dulu. Maka kita kena berselawat dulu banyak kali. Kemudian baca Al-Fatihah dan sebut perlahan-lahan nama yang dirindu dan berdoalah, "Ya Allah peliharalah rindu ini dengan rindu yang Kau redhai." Insya Allah, orang itu akan rasa siapa yang menyebut nama mereka. Saya pernah try! Banyak kali try. Terbukti berkesan. Boleh cuba..
Dan benarlah firman Allah
" Dan sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia "
(Surah A-Qalam : 4)
Keindahan akhlak baginda lah membuatkan Allah menggelarnya 'Kekasih-KU' sehingga mampu memberikan syafaat buat kita. Yang penting dalam setiap lafaz diiringi dengan sifat 'yakin' dan benar-benar yakin.
Mari teman,
Mari selawat !
#KakHassanah
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Keajaiban Selawat | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment