kebanyakan manusia suka membuat penilaian daripada luaran | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
" Puan boleh add facebook saya ? "

" Puan. Terima kasih atas ilmu. Saya follow. "

" Puan bla bla bla bla. "

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Beberapa hari lepas, saya menerima mesej yang kebanyakannya menggelarkan diri saya sebagai 'puan'. Mesej orang pertama saya tak kisah, tapi makin lama makin ramai yang panggil 'puan' terutama follower baru. Saya senyum saja. Rupanya betul, kebanyakan manusia suka membuat penilaian daripada luaran. Ulang, kebanyakan. Cop ! Ini mesej panjang dan berbisa, nak baca, baca. Taknak sudah.

Jika dulu profile facebook saya ialah free hair sebelum hijrah, ramai lelaki inbox saya dan ada 'gelaran' tersendiri buat saya. Misalnya: si gadis, awek sabah, sweetie, etc2.. Waima mereka itu tidak kenal pun saya, dan saya tidak kenal pun mereka. Kemudian saya mula berhijrah perlahan-lahan, saya melalui fasa menukar profile sebagai wanita bertudung singkat, pun ada 'gelaran' tersendiri buat saya.

Seterusnya, saya melalui fasa bertudung labuh, saya pernah menggunakan profile tersebut pada akhir tahun 2013. Sama juga, ada 'gelaran' tersendiri kepada saya. Ya ukhtie. Ya Enti. Bla bla bla.

Sampailah satu saat saya berniqab, dan ya pernah 1,2 kali memakai profile berniqab. Kemudian bertukar pula kepada 'ustazah' gelaran yang diberikan. Ini memang terjadi. Setiap fasa demi fasa saya telah melalui gelaran yang berbeza dalam setiap penampilan dan pemakaian yang mereka lihat daripada luaran. Macam sekarang, saya gunakan profile dukung seorang anak kecil, maka mereka beranggapan saya dah bersuami dan mempunyai anak. Haha. So far, feeling ibu-ibu gitewww. .

Pernah viral satu kisah tentang tulisan seorang saudara dekat media facebook. Saya lupa siapa namanya, sebab saya lebih ingat isi yang disampaikan tak kira dari siapapun. Yup! Mengenai beliau dan kopiahnya. Pada satu hari ni, beliau nak bergegas pergi ke satu tempat, kemudian dicapainya kopiah dan letakkan di atas kepala, Sebab terdetik pakai katanya. Beliau bukan ustaz, orang biasa-biasa saja. Padahal sebelum ni takda pula pakai kopiah even nak drive ke mana-mana.

Tiba di satu tempat, ada polis dan JPJ  menunggu di hadapan. Ada lebih kurang 3,4 buah kereta di hadapan beliau, dan semuanya diberi arahan untuk berhenti sebentar, turunkan cermin, dan diminta untuk hulur lesen memandu. Brother ni dah berpeluh cuak gila. Sebab apa ? Sebab lesen memang ada katanya, tapi tak renew lagi. Matilah. Tamatlah riwayat!

But you know ? Tiba turn brother ni, dia just diberi signal untuk jalan tanpa diminta untuk stop, turunkan cermin dan hulur lesen. Bayangkan ? Padahal Semua kereta di hadapan beliau tadi, diminta untuk hulur lesen. Apa lagi, happy bukan main lah brother ni sebab terlepas dari denda. Bila beliau pandang kat cermin, baru perasan atas kepala ada kopiah yang dicapai tadi sebelum bergegas keluar. Kopiah yang saja-saja diletakkan di atas kepala. Di akhir penulisan, Brother ni kata, mungkin abang polis nampak penampilan beliau tadi seolah-olah 'tak mungkinlah buat silap'. That's why lah lepas.

Dan inilah sebenarnya yang kita masih 'pandang' sekarang. Contoh, bila kita lihat seseorang itu berpakaian something like, orang kata tak cukup kain, atau pakai baju adik. Kita pun kata dia ni begini dan begitu. Dia ni mesti pernah macam ni. Dia ni mesti bekas bla bla bla.

Then kita terlihat pula seorang wanita yang bertutup litup kesemuanya, kita pun berandaian orang tu mesti baik, suci, alim, warak, solehah, bidadari syurga, tak pernah buat mistake. Tak ada aib. Luhur hatinya. Pewitttt ! Bergetar tulang rusuk doh ! Ehem. Kemudian bila dapat tahu dia ada salah silap juga, kita pun frust then kita mula membanding-bandingkan dengan orang free hair. Lebih baik free hair tapi hati baik.

Sahabat yang saya muliakan, mengapa kita letakkan 'perbezaan' kepada mereka-mereka ini dari segi penampilan. Betul, orang free hair memang terang-terang salah sebab yang mensyariatkan penutupan aurat bukan manusia tapi Allah. Maka dia salah. Dan tetap salah. Mungkin dia tak 'jelas' secara detail ilmu tentang aurat. Maka didik bukan bandingkan. Bukan pi kata kat dia, kau confirm ke neraka cik adik oi !

Begitu juga dengan yang bertudung labuh, jika tiba-tiba aib dia diketahui ramai, yang mana beliau rupanya kadang solat kadang tak. Sebab rupanya confuse tentang darah yang keluar sama ada haid atau istihadah. Tapi malu nak cakap kat orang. Maka dia salah dan tetap salah. Mungkin dia tak 'jelas' secara detail ilmu tentang haid. Maka didik bukan bandingkan. Bukan pi kata kat dia, kau tanggal jelah tudung labuh kau tu cik kak oi ! Bukannya solat munafik !

Inilah 'kesilapan' terbesar kita sebenarnya sebagai seorang muslim. Kita mengakui kita ada agama yang baik, lurus, suci, mulia, tapi yang selalu menjadi 'salah satu sebab' yang membuatkan pendosa-pendosa di luar sana rasa sudah tidak ada harapan lagi buat mereka, rasa sudah tidak dibuka lagi pintu pengampunan kepada mereka, ialah sikap menilai kita ini.

Saya tak akan tulis tanpa bukti-bukti yang kukuh. Sebab saya pernah tersilap buat 'penilaian' sebelum ini dekat orang lain. Maka saya taknak ulang kesilapan yang sama.  Contohnya lelaki yang pakaian rutinnya berseluar jeans dan baju t-shirt, belum tentu dia tu seorang lelaki biasa. Entah-entah hafiz quran tersemat rapi dan kemas 30 juzuk dalam dada.
Kita ? Al-fatihah pun tunggang-terbalik.

Dulu saya ada satu prinsip,
" Don't judge book by its cover. But mostly the cover means it. "

Kononnya, cover luaran tu adalah segalanya. Tapi sekarang prinsip saya cukup mudah,

" And God loves those who endure patiently. "

Tuhan mengasihi orang-orang yang bersabar.
Sama ada yang terbuka free hair tadi, kemudian dikutuk dikatakan tidak ada harapan syurga kepadanya tapi dia bersabar dan mahu belajar sedikit tapi istiqamah. Begitu juga yang tertutup, kemudian dikutuk dikatakan lebih baik kau tanggal tudung, jubah, niqab, tapi dia bersabar dan mahu belajar lagi walaupun dia tahu, dia banyak silap.

Allah mengasihi orang-orang yang bersabar. Kenapa Allah sayang orang yang sabar ? Sebab tidak semua ada 'kekuatan' untuk pilih kepada tahap bersabar. Hanya orang yang kuat sahaja akan berjaya ke arah fasa ini. Waktu tu Allah nak tengok kau ni beriman ke tak dengan ujian demi ujian.

You can't make people like, love, understand, accept, or be nice to you. You can't control them either. Kita rasa manusia lain angkuh, padahal kita pun ada angkuhnya. Kita rasa orang lain jahat, padahal kita pun ada jahatnya. Kita rasa orang lain ego. Padahal Kita pun ada egonya. Kita rasa orang lain setan. Padahal kita lagi setan.

Ada orang nampak baik tapi rupanya di sisi Allah, dia dihinakan oleh Allah. Ada orang nampak tak baik, tapi rupanya di sisi Allah, dia seorang yang dimuliakan oleh Allah. Kita dengan penilaian kita selalu tersasar. Penilaian Allah jualah yang paling benar dan tepat.

Daripada mencari kesalahan orang lain, lebih baik duhai diri, pandanglah ke hati dan bersihkan karat bertepu sekian hari.

Manusia sifatnya mudah lupa dan peringatan adalah bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Maafkan saya. Saya tak sempurna. Share jika bermanfaat.



- NH
- 16/09/16

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "kebanyakan manusia suka membuat penilaian daripada luaran | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment