Sharing from NH 🌸
Kepada
yang diuji untuk 'menahan' sebuah cinta, sebuah rindu, sebuah kasih.
Perbanyakkanlah mengigati Allah. Moga-moga perasaan masih berada pada
landasan yang lurus. Jika matinya seorang wanita atau pemuda yang
menahan perasaannya kepada nafsunya kerana memikirkan 'ilmu yang wajib'
ke atasnya untuk dituntut, maka syahidlah mereka ke dalam jalan Allah. Maka janganlah takut atau risau jika mati dalam keadaan meneruskan amanah ibu ayah dalam pencarian ilmu. Terutamanya ilmu fardhu ain. Besar hadiah Allah kepada kalian sekiranya kalian (bertakwa).
Kepada yang sedang berkahwin tapi diuji macam-macam ujian demi ujian bertabahlah. Begitu juga mereka yang dalam tempoh pertunangan. Semoga Allah meninggikan lagi darjat atas kesabaran yang berterusan.
Nasihat saya bagi yang saling mencintai tapi belum direzekikan untuk halal, Kurangkan memikirkan antara satu sama lain sebaliknya banyakkan berdoa, sibukkan diri untuk mencari ilmu bagi menghiasi lagi peribadi dan rajinkan diri bekerja cari rezeki bagi menghalalkan dengan segera. Letakkan sahaja bakal isteri dan bakal suami pada doa-doa kalian, terbangkan doa itu kepada Rabb. Dan yakinilah ada Tuhan yang menyambut doa-doa tulus itu.
Laluilah hidup ini dengan cinta.
Cinta kepada-Nya.
Kerana kita milik-Nya.
Jika dalam kesedihan, keresahan, kekecewaan, teruslah lafazkan berkali-kali,
Ya Allah, KAU lah segalanya.
Ya Allah, KAU lah segalanya.
Ya Allah, KAU lah segalanya.
Remember, what you see with your eyes is not the whole story, so leave the judging part to Allah.
Tersenyumlah.
Dan jalan terus !
SHARE jika bermanfaat.
https://telegram.me/kakHassanah
0 Response to "Kepada yang diuji untuk 'menahan' sebuah cinta | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment