Ketakutan selalu muncul dalam ketidakpastian. | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Ketakutan selalu muncul dalam ketidakpastian.

Lebih menyedihkan,
Tidak ada yang pasti dalam sebuah kehidupan
Melainkan kematian.

Dan kerana ketakutan-ketakutan itulah
Kita memilih untuk tidak bercakap apa-apa
Kita menidakkan sejumlah perasaan

Kerana ketakutan kita kepada sebuah keterasingan. Apalagi kehilangan.

Mengenali kita.
Adalah mengenali segalanya tentang sebuah keikhlasan.

Mengenali kita.
Adalah mengenali semuanya tentang harapan dan kekecewaan.

Aku seharusnya berterima kasih untuk banyak hal.

Aku pernah mengheret senyummu
Di belakang pintu dan menyorokannya di kocek

Senyummu menjadi tisu waktu-waktu aku melarikan diri kerana sendu.

Aku pernah berharap engkau di situ tapi
Aku tidak memintanya.

Aku pernah mencuri ketawa engkau dan menangkapnya.

Aku membebaskannya ketika aku sunyi
Dan aku akan memakainya di mulutku selepas itu.

Aku pernah diam-diam menadah air mata engkau dan melarikannya.

Malam itu aku menukarnya menjadi sebuah doa dan engkau tak mungkin dapat mengetahuinya.

Kita tak akan berkata apa-apa
walau menyedari salah satu
dari kita telah mengambil
terlalu banyak ruang di dalam hati

Masing-masing.

Malam.
:')

#WafaAwla
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Ketakutan selalu muncul dalam ketidakpastian. | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment