Sharing from NH πΈ
Bismillahirahmannirahim..
Kisah ini kisah benar sepanjang saya berada di University of Rahsia...
- - - - - - - - - - -
Someone bertanya kepada saya,
" Kau kenal dia tak ? "
" Who ? "
Saya angkat kening.
Diantara confuse dan blur.
" Yang sem lepas menjadi bualan fakulti. "
Jawab dia.
Saya usap-usap dagu lembut.
Memikirkan siapa yang dimaksudkan dan gerangan orangnya dari awal,
Baru saya ingat, sebentar tadi dia ada kata,
" Semua lelaki dia nak. Apa punya perempuan lah jenis dia tu. "
Masa tu saya dapat agak 'siapa' yang dimaksudkan.
Itulah keypoint utama !
" semua lelaki dia nak "
sebab selama ini, saya turut dengar cerita tentang 'dia' yang dicanang dari satu fakulti ke fakulti yang lain.
Sehinggalah satu masa saya rasa nak dekati 'dia' yang dicanang aib itu.
- - - - - - - - - - - - - - - -
Ditakdirkan Tuhan,
Saya melibatkan diri dalam 1 program fakulti dan berada di kumpulan yang sama dengan dia. Program itu pula memakan masa dalam 2 minggu. Perkenalan bermula.
Selama 2 minggu itu, saya kenali dia, selami kisah dia, mendengar cerita dia, dan ya saya belajar banyak benda selama 2 minggu itu.
Apa yang di canang selama ini, yang saya dengar dari mulut manusia berhati busuk adalah cerita yang ditokok tambah lalu diubah jalan cerita serta diputar belit.
Dia seorang pelajar bukan islam, dan telah pun melahirkan seorang bayi tapi orang ramai tidak tahu 'siapa' lelaki ayah kepada si bayi. Sehingga menabur fitnah kata bermacam kepada dia.
Namun di sebalik cerita sebenar, rupanya dia telah pun mempunyai ikatan tunang dengan seorang lelaki. Namun bila hendak melangkah ke alam perkahwinan keluarga lelaki tidak pula merestui secara tiba-tiba atas asbab 'dendam kesumat' di antara kedua belah pihak yang dipendam bertahun lamanya.
Disebabkan cinta sama cinta
Dia dan tunangnya telah 'mencabar' kedua ahli keluarga dengan terpaksa 'melakukan perkara itu' dengan harapan bila mengandung mereka jadi nikah.
Tapi hampa.
Semakin dicabar, keluarga lelaki semakin tercabar hingga hilang sabar lalu menghalau keluarga dia (si perempuan) yang bertandang ke rumah lelaki untuk membawa khabar kehamilannya lalu lelaki itu pula di uruskan perpindahannya nun jauh di sana. Pertunangan telah putus.
Kali ini 'dia' yang dicanang ceritanya ke seluruh fakulti
Adalah 'dia' yang paling banyak 'sakit jiwanya' dalam diam.
1. Hubungan diputuskan
2. Hamil tanpa suami
3. Meneruskan pengajian semasa 'sakit teruk' hamil kali pertama.
4. Jauh di sisi keluarga
5. Keseorangan kerana difitnah.
Saya yang mendengar kisah itu terasa sebak sikit demi sikit. Akhirnya air mata menitis membasahi pipi lalu hati pun luruh sakit tak tertahan.
Saya pernah tanya dia,
" apa yang buat kau kuat lalui semua ini ? "
Satu meniti di bibirnya,
" anakku. Aku sayang anakku "
Sambil membuka telefon bimbit dan memberi izin saya melihat bayinya yang selamat lahir sem lepas. "
Sekali lagi air mata jatuh.
Ya Rabbi. Comel sungguh!
Saya tanya lagi,
" macam mana dugaan pregnant sambil belajar ? "
Dia senyum ke arahku. Dan kata,
" aku bahagia walau dalam kesakitan. Aku ke kelas ke kafe ke kolej ke klinik, ke buss stop, ke library, aku ke mana-mana bawa anakku. Sekurangnya Tuhan lihat aku. Tuhan nilai perjuangan dan kekuatan aku. Kekuatan aku sebagai seorang anak, seorang ibu dan seorang isteri walaupun tidak bersuami "
Ya Allah
Dadaku seolah ditikam-tikam pisau belati yang tajam.
Sakit. Betapa Maha Besar Kau duhai Tuhan menciptakan kekuatan luar biasa buat kaum wanita.
Apa lagi saat dia ceritakan dia tiada siapa-siapa untuk menceritakan segala kesakitan sakit perutnya, belakangnya, kakinya yang seringkali masuk angin, muntah-muntah, mual, kepala tiada siapa yang urutkan, makan minum urus sendiri even badan terlalu berat dan susah nak bangun. Uruskan assaimen bagai, jumpa pensyarah ini itu ke hulu ke hilir dengan perut yang memboyot Masya Allah.
Betapa sukar perjalanan kisah dia lalu 'di putar belit' pula cerita sebenar oleh manusia yang berhati busuk. Busuk dan busuk.
Setelah program 2 minggu banyak cerita yang dia kongsikan, yang buat saya tersenyum gelak dan kadang menangis. Paling kagum, walaupun tiap kali dia membuka cerita sedih dia tak pernah titiskan sedikit pun air mata.
Ayat yang selalu dia kata menjadi pemujuk dirinya,
" mungkin ini cara Tuhan ampun dosa aku. "
Allahurabbi.
Betapa setiap bait bicara yang meniti di bibir asyik disebutnya nama Tuhan, Tuhan dan Tuhan. Walaupun dirinya bukan seorang yang muslim.
Ada satu hari,
Saya pernah berjalan kaki dengan dia dari kampus ke pekan. Walaupun ketika itu dia demam, dia selalu cakap yang dia adalah gadis strong!
Kami membeli barang-barang keperluan. Selesai membeli dan sudah pun sampai di pintu gate Universiti, tiba-tiba teringat bahawa kasut yang baru dia beli tadi tertinggal di kedai yang sudah jauh kami tinggalkan.
Mungkin kalau kita sudah pasti mengeluh, merungut, maki diri sendiri bukan ?
Tapi tidak pada dia.
Dia tarik nafas panjang diam sebentar dan kata pada saya,
" kau tunggu di sini. Kalau kau nak pulang kolej dulu, pulanglah. Aku lari ke kedai tadi, kalau Tuhan nak jaga kasut aku, aku pasti dapat semula. "
Ya Rabb. Bayangkan ?
Dalam keadaan dirinya letih berjalan kaki, demam tak sihat, dia sikit pun tak mengeluh bahkan sempat lagi mengingatkan saya pada Tuhan.
Sebab itulah segala cerita yang dicanang tidak pernah saya telan bulat-bulat. Sekalipun satu dunia membencinya, dan jika benar apa yang 'dikata' oleh mulut nista manusia, saya tetap sayangi dan memaafkan dia.
Dia mungkin gadis yang terlanjur.
Dia mungkin ibu yang malang.
Dia mungkin anak yang tak guna.
Dia mungkin pelajar yang keseorangan dalam perjuangan.
Tetapi 'cukup baik'
1. Dia tak gugurkan anaknya seperti remaja-remaja islam buat di Malaysia ini.
2. Dia tak maki hamun keluarganya sekalipun semua menyalahkan dirinya atas tersilap langkah. Bukan seperti orang-orang islam yang me ne ra kakan mak ayah. Mahupun adik beradik dan saudara maranya.
3. Dia tak mengeluh dan berputus asa bahkan teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar walaupun hubungan pertunangannya telah pun diputuskan. Bukan seperti remaja islam yang terus membunuh diri dan melukakan tangan calar sana sini bila putus dengan kekasih.
4. Dia tak pernah salahkan Takdir, sebaliknya dalam setiap perbualan dia kaitkan dengan Tuhan Tuhan Tuhan. Bukan seperti orang islam, yang sepatutnya 'lebih banyak' menyebut dan meniti nama Allah di setiap bait kata.
Dan ya ini adalah kisah benar.
Allah hantarkan 'dia' untuk menjadi sebahagian cerita inspirasiku.
Andai saja saya mampu beri dia bahagia melalui kuasa magic, sudah pasti saya menyerahkan 'segala' kebahagiaan pada dia. Namun saya tahu, kebahagiaan itu ada dan selalu ada bila kita ada Tuhan.
Tuhan
Bukan diletak di 'mulut'
Tapi di 'hati'
Kita kena merasakan 'DIA'
Lalu percaya Rabb amat hampir dan terlalu hampir mendakap erat setiap jiwa hamba-Nya..
Bak kata seorang sahabat, there's a story behind every person. There's a reason why they are the way they are. Kita tengok orang gembira, tenang, padahal dalam hati dia bersungguh nangis mohon pengharapan pada Tuhan. Kita rasa masalah kita paling besar, kitalah orang paling malang di dunia, kita selalu kata kenapa aku yang kena wahai Tuhan ? Padahal orang lain lagi berat masalah dan dugaan hidup mereka. Tapi mereka masih mampu tenang, sebab mereka percaya pada Tuhan.
Saya selalu mendoakan agar Islam milik mereka jua. Buat yang lain, usahlah kita mendambik dada 'sok suci', kerana kapan pun waktu, ia bisa merubah segalanya.
A beautiful person always sees beauty in others. And it takes a beautiful heart for that!
Sebarkan Ibrah.
Seluas dan seisi dunia!
#KakHassanah
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Kisah ini kisah benar sepanjang saya berada di University of Rahsia | Sharing from NH πΈ"
Post a Comment