Kita takkan layak digelar hamba 'bertakwa' selagimana musuh kita tidak berasa 'aman' apabila duduk dengan kita | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Pepatah murabbi,

" Kita takkan layak digelar hamba 'bertakwa' selagimana musuh kita tidak berasa 'aman' apabila duduk dengan kita. "

Lumrah.

Tidak ada manusia yang disukai oleh seluruh manusia lain. Tapi cuba lihat bagaimana akhlak nabi yang pada mulanya ramai membenci dan melabelnya ahli sihir ?

Bagaimana di saat kematian Rasulullah ?
Musuh yang pada awalnya, pun menangisi kerana rasa 'kehilangan'.

Kita ?

Ya betul.
" Bila orang buat jahat dan kita balas baik. " Merupakan satu perkara yang amat mustahil. Tapi tidak mustahil untuk lakukan jika kita hidup nak redha Allah semata.

Kita ini bukan 'mesin pemuas' hati manusia.
Biarlah mereka bercakap.

Lama-lama nanti tekak mereka akan kering dan paling-paling pun lepas cakap pung pang pung pang, mereka akan beli milo ais sebab dahaga kemudian tido. Hehe. .

Maafkan semua orang.
Sentiasa sayang semua orang.

Biar banyak mana kita dibenci, dikutuk, diumpat, diaibkan, difitnah, ditikam belakang. Jalan saja.

Tandanya kita memang 'istimewa'.

Orang baling batu, kita balas saja dengan buah. Walaupun mereka tak terima buah itu, lama-kelamaan mereka akan 'cari' juga buah itu.

Jadi kepada mereka di luar sana,

Yang dizalimi, ditindas, diperlekehkan.

Jangan sedih-sedih.

Kita ada Allah.

Trust Him.

Speak good or speak nothing.

Promise ?



https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Kita takkan layak digelar hamba 'bertakwa' selagimana musuh kita tidak berasa 'aman' apabila duduk dengan kita | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment