| Sharing from NH πΈ
Saya kurang bersetuju dengan suami yang set dekat kepala,
' Alaa.. balik nanti jumpa isteri juga kat rumah. Tak perlu reply mesej. Dulu kan dah puas hidup romantik'
Murabbi saya pesan.
Lelaki ni sifat 'romantik' tu kena berkekalan. Rujuk balik sirah dan kehidupan baginda bersama isteri.
Kalau zaman Rasulullah mungkin takda wasep, fb, dan lain2..
Zaman sekarang ada wasep, fb, telegram, dan sebagainya.
Setidaknya suami kena 'faham' isteri golongan yang nak 'disayangi' everytime.
Nak rasa sayang itu sentiasa 'subur'.
Bukan masa muda ja
Tapi sampai tua.
Cuba terapkan sikap 'mengambil hati' sebagaimana ceramah dan forum yang sentiasa dibawakan oleh Ustaz Ebit Lew ke arah keluarga bahagia.
Isteri ni lain ye para lelaki.
Hatta dengan ungkapan
" Abang rindu sayang kerana Allah "
Pun dah memadai walaupun seminggu dapat mesej 1 kali.
Bayangkan,
Segala penat isteri urus anak-anak, urus rumah, urus makan minum, urus ini itu kemudian 'hilang' segala kepenatan begitu saja.
Mungkin ada lelaki di luar sana berkata,
" Orang perempuan kena faham, kebanyakan lelaki memang sangat menghargai isteri mereka. Tetapi cara menterjemah penghargaan itu saja yang kebanyakan lelaki tak tahu nak buat macam mana walhal semua benda dah buat seperti bawa berjalan, makan, bagi hadiah dan lain2. Tapi masih lagi dikatakan tidak menghargai. Orang perempuan ni sebenarnya alien. huhu. "
Tapi kena ingat,
Para ulamak berkata, sabar melayan karenah isteri adalah pahala baginya.
Isteri sakit tanggung kandungan 9 bulan.
Isteri sakit badan, belakang, kaki, tangan, dan segalanya sepanjang tempoh bersalin dan berpantang.
Isteri korbankan banyak perkara.
Takkan dengan menghantar satu mesej,
" Abang cinta sayang "
Pun berkira ?
Dulu bukan main.
Kemainnnnnn habis top up
RM 50, makan meggy sanggup.
Sepatutnya semakin lama berumah-tangga,
Semakin 'tinggi' rasa cinta itu.
πΈ
#KakHassanah
#SebarkanIbrah
https://telegram.me/kakHassanah
0 Response to "Lelaki ni sifat 'romantik' tu kena berkekalan. | Sharing from NH πΈ "
Post a Comment