| Sharing from NH 🌸
"Lepas ni kalau jumpa lelaki, nak buat muka
garang la"
Senyum.
"Tak perlu.Buat biasa saja. Tapi jangan layan."
"kalau ada urusan?"
Senyum lagi.
"Cakap macam biasa.Macam cakap dengan
konduktor bas, pak cik jual ikan dan pak cik
teksi. Kalau perlu bincang, bincanglah dengan profesional."
"Kalau diusik?"
"Jangan rendahkan akhlak kita dengan marah - marah. Jaga akhlak muslimah yang sopan. Hikmah, tiada cakap kotor dan tidak menengking."
Bersederhanalah dalam sesuatu perkara, lelaki bukan musuh kita, mereka juga manusia biasa. Layanlah seperti manusia, bukan batu. Hadkan urusan kepada yang perlu sahaja dan tutuplah pintu fitnah komunikasi pada yang perlu sahaja.
M A H A L dan S O M B O N G dua benda yang beza.
Moga Allah jaga !
😊
https://telegram.me/kakHassanah
0 Response to "M A H A L dan S O M B O N G dua benda yang beza. | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment