Menjadi hafizah itu sebenarnya mudah. | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Menjadi hafizah itu sebenarnya mudah.

Tapi 'kekal' untuk jadi hafizah itu yang paling sukar.

Sebab sangat banyak yang perlu dijaga.

Mata.
Tak boleh pandang benda maksiat.

Telinga.
Tak boleh dengar benda maksiat.

Mulut.
Tak boleh cakap benda maksiat.

Hati.
Tak boleh bermaksiat.

Tangan kaki dan seluruh anggota badan.
Tak boleh 'tewas' pada maksiat.

Untuk pengetahuan, ada kisah benar berlaku satu masa yang lalu. Bahagian JAKIM telah memeriksa sebuah hotel bajet dan menangkap dua orang lelaki dan perempuan muda dalam keadaan baring bersama. Bila diminta bukti sijil nikah rupanya mereka belum nikah. Bila mereka diminta berpakaian semula, alangkah terkejutnya semua yang menyaksikan bila almari yang dibuka adalah pakaian sunnah itu sendiri. Pakaian serban dan jubah oleh lelaki manakala yang perempuan pula berjubah dan bertudung labuh. Bila disiasat mereka sama-sama sedang dalam fasa hendak khatam 30 juzu'. Kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang ustaz dan ia benar bukan dongeng. Cuma ada beberapa aspek dirahsiakan seperti tempat pengajian, untuk menjaga nama tempat itu sendiri. Orang yang menyaksikan kejadian itu sampai menangis-nangis. Bayangkan ?

Di sini saya tekankan.

Memang nak jadi hafiz dan hafizah adalah suatu yang menyeronokkan.
Sebab Allah SWT sendiri telah menjanjikan kelebihan demi kelebihan di akhirat kelak. Bahkan kita yang menghafaz ni, kita lah sebenarnya VVIP di akhirat nanti. Best kan ?

Tapi amanah yang digalas di bahu seorang penghafaz quran itu sebenarnya tidak mudah. Again, tidak mudah.

Sebab itu kalam murabbi ada mengatakan ketika saya menuntut di pondok pasir tumboh, pada tahun 2013. Yang terbaik itu bukanlah mereka yang belajar agama semata-mata tapi mereka yang 'amal' agama. Begitu juga dengan penghafaz quran. Yang terbaik itu bukan sekadar mereka yang belajar dan hafaz quran tapi mereka yang 'amal' quran dalam kehidupan seharian. Dan pesanan ini sentiasa saya ingat walau di mana jua saya melangkah.

Kalau kita lihat hari ini. Berjuta-juta orang islam, kita jumpa belajar bidang agama. Duduk pondok, madrasah, tahfiz, bahkan ada yang sampai menjelajah jauh ke Mesir, Jordan, Yaman dan sebagainya. Tapi bila mereka balik ke tanah air berapa ramai penuntut ilmu yang benar-benar jadi 'manusia' bermanfaat buat ummah ?Tidak ramai.. Sebab mereka belajar sekadar belajar bukan belajar untuk amal.

Inilah yang anak muda selalu lupakan.

Kita belajar untuk kepentingan CGPA
Kita belajar untuk kepentingan ibu bapa.
Kita belajar untuk kepentingan masa depan.
Kita belajar untuk kepentingan dunia.

Kita lupa belajar Lillahi Ta'ala.
Kita lupa belajar untuk 'amalkan'.
Kita lupa dan kita lalai.
Kita selalu terkandas.

Sebab itu, apa yang saya belajar perbezaan negara Malaysia dengan negara Jepun adalah sebanyak 19 tahun Jepun telah mara ke hadapan. 19 tahun!

Jepun bukanlah sebuah negara Islam tapi Jepun salah satu negara yang wajar dijadikan contoh terutama dalam bab penekanan penerimaan ilmu kepada anak-anak muda mereka di sana. Mereka belajar bukan setakat belajar tapi mereka belajar untuk amal.

Kalau kita lihat, anak kecil berusia 15 tahun di negara Jepun mereka telah berjaya mencipta robot mirip manusia tapi budak 15 tahun di Malaysia mereka telah pun berjaya mencipta manusia.

Ya Allah.
Sesungguhnya negara Malaysia adalah negara Islam tapi masih bermaharajalela maksiat di negara ini.

Ampunilah kami Ya Allah.
Kasihanilah kami Ya Allah.
Peliharalah kami Ya Allah.

Izinkan kami 'sempat' bertaubat sebelum mati.

Allahumma Amin.

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Menjadi hafizah itu sebenarnya mudah. | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment