Muslimat, ada bezanya sombong dan mahal. | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Muslimat, ada bezanya sombong dan mahal.
Suka saya pesan layanlah lelaki seperti 'manusia' bukan 'batu'.

Mereka punya perasaan seperti 'manusia' dan mereka ingin dilayan seperti 'manusia'.
Wanita yang bijak bukan wanita yang suka mengelak tapi wanita yang mengamalkan prinsip 'mauziah hasanah'

Setakat update post,

"Wahai lelaki jangan salahkan saya bila inbox kamu tidak dilayan kerana kami sombong bermaruah"

"Wahai kaum adam yang inbox, maaf tak layan, saya menjaga ikhtilat"

"Ya akhi muslimin di luar sana, sesiapa yang chat inbox saya block."

Menaip nak tunjukkan pada dunia tapi siapa tahu di belakang? Entah-entah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

"Diri kamu yang sebenar ialah apa yang kamu lakukan apabila tiada seorang pun manusia melihat kamu"
-Saidina Ali bin Abi Talib

Saya tulis dalam keadaan yang tenang.
Jadi anda diminta membaca dalam nada yang tenang. Selitkan selawat agar tidak marah-marah selepas membaca.Tarbiyah bukanlah segala-galanya tapi tanpa tarbiyah segalanya tak bermakna.

1.Kurangkan komunikasi dan tutup 'pintu fitnah'.

2. Bertanyalah dengan sesama jantina 'selagi mampu'.

3. Jika dalam terdesak, layan dan reply inbox mereka dan jangan biarkan topik meleret-leret.

4. Jika mereka semakin menjadi-jadi. Click 'block'. Simple..tak perlu heboh update pada dunia.

5. Nak jadi 'mahal' ada caranya. Sila belajar.

Muslimat perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan tidak hanya terjumud di dalam dunia sendiri yang anti muamalah, sehingga mereka menganggap itulah islam yang sebenar, mengabaikan hak-hak muamalah kerana keterbatasan ilmu. Akhirnya islam jadi agama nenek moyang.

Mutiara tidak akan bernilai selagi berada di dalam cengkerang, sehinggalah dikeluarkan dari cengkerangnya, dibuang lumutnya dan diletakkan ditempatnya. Begitulah peranan ilmu. Selagi konsep muamalah dibatas dengan kejumudan, selagi itulah islam tidak menjadi syumul. Tapi jangan pula menggunakan tiket 'muamalah' untuk tak bermaruah. Terutama kepada tunang orang, sila buat cara dah bertunang. Kepada suami dan isteri orang sila buat cara dah bersuami dan beristeri. Kepada yang bujangan sila buat cara bujangan yang 'nak keredhaan' Dia.

Bujang bukan tiket untuk 'menilik nasib' siapa jodoh aku kemudian melayan kesemuanya mengalahkan orang yang berkahwin.

Dengan itu, jangan jadikan facebook sebagai dunia nombor satu yang mana segalanya hendak dipraktikkan di sini. Takkan nak tunggu diri menjadi saidatina aisyah baru hendak mengamalkan mauziah hasanah?

Layan seperti manusia bukan batu.
Tapi jangan pula membuatkan batu itu bertindak balas seperti 'magnet'.

Bermanfaat ?
Silakan SHARE

- NH

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Muslimat, ada bezanya sombong dan mahal. | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment