Sharing from NH 🌸
Assalamualaikum.Nah ilmu free ! nak share, share saja yaa.
Saya belajar benda ni dari seseorang bagaimana dia 'istiqamah' dalam mengamalkan makanan sunnah. Sebab apa yang saya lihat, dia jenis orang yang bersemangat, dan sangat jarang mengantuk.
Caranya mudah saja iaitu. Membawa bekal makanan sunnah ke dalam beg tak kira di mana jua kita nak pergi. Seperti kismis, kurma, susu kambing, dan sebagainya.
Bila masa nak makan ?
Dalam kelas kalau mengantuk boleh kunyah kismis, atau ketika sedang hafazan dan ingin berehat seketika makanlah kismis, ketika menunggu bas boleh kunyah kurma, ketika menunggu nama di panggil di kaunter klinik atau hospital makanlah buah tin. Ketika tengah drive dan jalan sedang jammed boleh minum susu kambing dan begitulah seterusnya.
Kadang kita nampak macam remeh. Tapi benda remeh inilah yang selalu kita abaikan sekarang ini. Berapa ramai antara kita yang masih mengamalkan pemakanan sunnah ini ? Berapa ramai yang menjaga makan minum ? Berapa ramai jaga kesihatan dengan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat?
Tidak ramai.
Sebab kita sudah 'memanjakan' nafsu makan kita dengan sesuatu yang kita rasa sedap saja dan beranggapan " Perut aku. Suka aku. "
Walhal dalam hadith ada sebut,
" Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu. "
- Hadith Riwayat Bukhari.
Bagaimana ? Menjaga tubuh badan kita dengan baik serta selamat dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara optimum dan berupaya mencapai potensi dan matlamat hidup berpandukan agama.
Kawan-kawan,
Tahukah kalian makanan sunnah ini juga membantu mencerdaskan otak, malah memberikan kesihatan tubuh badan, mencegah serta membantu penyembuhan penyakit yang melibatkan struktur atau fungsi otak seperti Dementia, Schizophrenia, Alzheimer, Parkinson, Strok dan lain-lain.
Saya di sini bukan nak berniaga makanan sunnah. Tak. Tapi saya hanya mengajak kalian untuk hidupkan semula pemakanan sunnah dalam kalangan keluarga. Banyak manfaat dari mudharat. Percayalah!
Rasulullah sangat tegas dalam menjaga soal kesihatan tubuh badan seorang muslim itu.
Sebab itu baginda sikit makannya tapi banyak ibadatnya. Tapi kita sikit ibadatnya tapi makannya banyak.
Antara yang kita boleh amal seperti:
1. Madu.
Kelebihannya sangat banyak. Bahkan dalam al-quran juga ada disebut mengenainya. Tak percaya ? Buka tafsir Surah an-Nahl: ayat 69.
2. Kismis.
Dulu semasa saya di pondok pasir tumboh memang makanan ini menjadi amalan beberapa kami. Ramai ulama menggalakkan pemakanan kismis terutamanya bagi seorang pelajar.
Ibnu Qayyim berkata,
" Sesiapa yang hendak menghafal hadith hendaklah sering memakan kismis. "
- Petikan Kitab Tibb-an Nawawi
3. Kurma.
Buah yang diktiraf oleh baginda yang mana sangat bagus untuk otak. Dalam Al-quran, Allah menjadikan kurma sebagai santapan Maryam ketika melahirkan puteranya Nabi Isa a.s. Ia adalah penyembuh dan zat lengkap bagi tubuh manusia.
4. Buah Tin.
Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu
Surah di dalam Al-quran dinamakan dengannya. Buah tin adalah buah yang turun dari Syurga sesuai dalam hadith riwayat Abu Darda.
5. Minyak zaitun.
Saya cukup terpikat dengan maksud dalam Surah An-Nur ayat 35. Nak terpikat sama ? Rajinkan buka quran. Oh ya, para ulamak ada berkata minyak zaitun boleh menerangi hati seseorang penuntut ilmu. Para saintis juga banyak menemukan kelebihan dalam mengamalkan minyak zaitun. Insya Allah.
6. Habbatus Sauda.
Ini kisah benar. Atok saya ada sakit kencing manis dan memang nak masuk tahap kritikal. Tapi bila ustaz ada cadangkan kepada saya pengambilan habbatus sauda yang konsisten alhamdulillah hari ini atok saya sudah pun sihat dan masih amalkannya. Saya percaya bahawa semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.
7. Susu kambing.
Saya teringat ketika peristiwa Isra mikraj. Jibril datang ke arah baginda dan menghidangkan dua hidangan iaitu arak dan susu. Kisah ini ada dalam riwayat imam al-bukhari. Lalu baginda memilih susu dan jibril berkata,
" Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamr, nescaya binasalah umatmu. "
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas susu jenis apa yang dihidangkan tapi cukup membuktikan bahawa susu juga menjadi sunnah kekasih-Nya sendiri.
Maka kawan-kawan,
Manfaatkanlah. You are what you eat !
Wallahualam.
#KakHassanah
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Nah ilmu free ! | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment