Puasa tapi tak solat ? | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Puasa tapi tak solat ?

Jangan jadikan alasan 'at least' saya puasa.

Menggunakan at least untuk 'mengaburi' perintah Allah Yang Maha Kuasa ibarat dia punya Kuasa melebihi segala kuasa Allah.

Kita sedia maklum solat adalah benda pertama disoal dalam kubur.

Pertama.
Ini maksudnya bukan kedua atau ketiga tetapi pertama.

Solat,
Jika tidak mampu dengan cara berdiri, maka dilakukan dengan cara duduk. Jika tidak mampu cara duduk, maka dilakukan dengan cara baring, hatta jika tidak mampu dengan cara baring maka dilakukan dengan cara isyarat.

Tiada masa ?
Bijak pula mencari masa bila berfacebook, berwhatsapp, berinsta, berCOC.

Tiada masjid ?
Hatta di atas jalan raya mahupun dalam hutan pun boleh solat.

Sampai bila nak beralasan ?
Kenapa berat kepala tunduk kepada Allah ?
Kenapa mahu jauh dari Allah ?

Apa mahumu ?
Apakah kurang nikmat yang
diberi-Nya kepada kita ?
Sampai syukurmu sukar terlafaz ?

Namun kenapa setiap ditimpa celaka, dirimu tanpa malu memohon pada-Nya ?

Apakah Tuhan hanya dicari bila derita ?

Sungguh kita santai menikmati dunia, sepertinya mahu hidup lama di sini. Seperti dunia ini milik kita. Hingga sukar mengigati mati.

Apa yang diri kita miliki di dunia ini sehingga terlalu sombong tunduk pada Tuhan ?

Isteri cantik ?
Suami kaya ?
Kereta mewah ?
Rumah besar ?
Anak-anak bijak ?
Kamu fikir ia kekal, begitu ?

Dia berikan masa.
Dia berikan ruang.
Buta pula 'menilai' semua itu.
Ada apa dengan kita ?

Solatlah,
Solat menunjukkan amalanmu
Juga taatmu kepada Allah.
Juga kasihmu kepada Rasulullah.

Andai dirimu mencintai dirimu
Cintailah tubuhmu dari api Allah.

Salam 17 ramadan 1437H.
:')
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Puasa tapi tak solat ? | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment