Sharing from NH 🌸
Ramai
yang tanya sebenarnya bawah dagu ni wajib tutup ke tak ? Bagi siapa
yang talaqqi dia akan tahu pendapat qaul yang muktamad ataupun yang
sahih di dalam mazhab syafie mengenai kewajipan ke atas muslimat adalah
menutup keseluruhan badan kecuali kedua biji mata. (Berniqab)Pun begitu ada qaul yang dhaif di dalam mazhab syafie mengatakan seluruh badan wanita adalah aurat melainkan kedua pergelangan tangan dan wajah. (Bawah dagu bukan wajah dan wajib ditutup).
Dulu masa mengaji murabbi kami pesan haram muslimin melihat wajah muslimat tanpa hajat. Mahalnya nilai muslimat sebab tu islam letak pada tempat tertinggi even kalau mati, tanah tu digali lagi dalam jenazah perempuan berbanding jenazah lelaki sebab islam jaga sungguh-sungguh martabat kaum perempuan ni. Sampai macam tu sekali nampak tak ? Subhanallah.
https://telegram.me/kakHassanah
0 Response to "Ramai yang tanya sebenarnya bawah dagu ni wajib tutup ke tak | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment