Redha Allah ? Bagaimana ? | Sharing from NH 🌸


| Sharing from NH 🌸 

Redha Allah ?
Bagaimana ?

Kita akur belajar dalam Malaysia, kerna permintaan orang tua, hatta 2.6 bilion surat tawaran dari oversea masuk emel dan sampai ke alamat rumah.

Kita akur jaga ibu ayah di kampung kerna itu permintaan mereka walaupun kita dapat tawaran belajar Phd di hujung dunia sana.

Kita akur belajar dalam bidang agama kerna itu permintaan orang tua berbanding dengan minat kita terhadap kerjaya Pramugari.

Kita akur jaga makan minum adik-adik, kita berhenti belajar dan bekerja mencari nafkah untuk pembiayaan belajar mereka kerna itu permintaan ibu ayah yang semakin tua.

Kita akur bangun solat subuh pagi-pagi ketika syok dalam selimut kerna arahan ibu ayah, walaupun kita dah benci nak bangun pagi.

Kita akur tak berniqab, sebab ia permintaan ibu. Sebab ibu tahu bila kita memakainya kita hanya akan jadi salah seorang yang merosakkan imej kain itu. Hatta waktu sarapan kita matahari saja sudah tegak memancari dunia. Yang wajib kita abai, sunat pula terhegeh.

Kita akur untuk 'habiskan' belajar dulu barulah kahwin, kerna itu permintaan ibu ayah. Erh...

Itu contoh..

Dan akur itu pula kenalah dengan 'ikhlas'.

Percayalah.

Walaupun tak berjaya mana
Walaupun tak kaya mana
Walaupun tak senang mana
Walaupun tak selesa mana

Kita tetap bahagia.
Dan ia benar-benar bahagia.

Allah akan beri kita 'bahagia' yang tidak dirasa oleh insan lain.

Kerna redha Allah SWT semestinya pada redha ibu ayah.

 πŸŒΈ

#KakHassanah

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Redha Allah ? Bagaimana ? | Sharing from NH 🌸 "

Post a Comment