Rindu menulis panjang-panjang. | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Bismillahirahmannirahim. Dah tido semua? ??

Rindu menulis panjang-panjang.
Rindu nak 'sentuh' hati-hati.

Sebelum itu, kalau rasa anda takda mood nak baca. Share jelah dulu 'parking' kat wall kalian. Esok subuh atau nanti qiam boleh baca kalau rajin. Insya Allah. Sebab biasanya hanya yang 'menelaah' akan faham dan akan 'sampai' ke dalam jiwa.

Entahlah. Tapi saya rindu nak berkongsi cerita-cerita yang berlaku di sekeliling saya. Dan insya Allah pastinya saya mendoakan diri sendiri agar lebih tersusun aksara dan jujur bicara. Mendidik hati agar terus tunduk dan bersederhana. Doakan saya. ??

Ceritanya tadi pagi saya mengambil stok buku di office Shah Alam. Selepas itu ambil barang member pula, kemudian kami bergegas ke Giant Sekysen 13 Shah Alam nak pos parcel. Sebab biasanya pos dalam mall takdalah ramai sangat. Then makan, tengok-tengok jam dah masuk zohor. Kami pun bergegas ke dalam surau mall Giant tu.

Semasa saya melangkah masuk ke dalam surau. Ramai juga muslimat dalam tu cuma entah mata saya terpana terus kepada seseorang yang memakai pakaian ketat. Ya, ketat. Seluarnya, bajunya dan tudungnya singkat. Tapi percayalah. Saya tak terfikir langsung apa-apa dalam otak. Saya pandang dia macam orang yang 'turut' menutup aurat dalam surau tu. Saya pandang mulia ke atas dia.

Masa saya nak ambil wuduk tu, dia ada di paip sebelah kiri tengah ambil wuduk juga, yelah ambil wuduk kan mata fokus bawah. Sesekali terpandang bahagian seluar beliau, memang ketat. Tapi kalian nak tahu ? Masa tu juga saya rasa nak menitiskan air mata. Saya rasa nak menangis jap kat paip. Supaya boleh cover basuh muka orang tak nampak air mata. Masa tu juga saya nak teresak-esak tapi saya kontrol dan tarik nafas dalam-dalam. Saya rasa tak tahan sangat. Dada macam sakit tiba-tiba.  Kalian nak tahu kenapa ? Sebab masa saya perhatikan anak mata beliau, saya dapat rasa dia tu insya Allah orang yang baik. Muslimat yang baik. Dan saya 'faham' bagaimana perasaan orang yang dari zero sedang terkapai-kapai cuba 'mencari' Tuhan. Cuba 'dekati' Tuhan. Cuba 'mengenal' Tuhan.

Saya faham. Saya sangat faham perasaan itu. Sebab itu saya rasa nak nangis. Tak tahan. Sebak. Kalau kalian nak tahu, orang yang dari kecil dididik dengan biah solehah oleh keturunannya atau mak ayahnya, kehidupan beragama mereka sangat jauh berbeza dengan orang yang 'tak kenal' pun apa itu islam. Apa itu Allah. Apa itu Solat. Apa itu taat dan sebagainya. Dan andai mereka-mereka ini 'berjaya' kenal Islam, kenal Allah, kenal agama. Nescaya golongan-golongan inilah sebenarnya yang satu hari nanti boleh memartabatkan islam itu sendiri. Sebab mereka melalui proses pencarian 'cahaya' bermula dari bawah.

Oh ya, saya pernah singgah surau muslimat
KL sentral dengan kawan U satu masa dulu. Situasi yang lebih kurang sama, kami nampak ada perempuan-perempuan pakai ketat then mekap tebal-tebal depan cermin. Kawan saya cakap, " Ish. Nak solat ke nak mekap. "

Saya cakap kat kawan, takpa. Fikir baik-baik saja. Kita tak baik mana pun. Insya Allah nanti depa solatlah. Dan betul tekaan saya, lepas depa berdiri depan cermin. Depa pi amik kain telekung dan bentang sejadah. Saya senyum ja kat member. Sebab apa kawan ? Sebab saya faham orang yang sedang 'cuba-cuba' nak cari apa sebenarnya agama ini ? Ada apa sebenarnya ?

Saya benci orang yang suka menghukum. Saya benci orang yang suka menerakakan manusia. Saya benci orang yang tak faham manusia lain. Saya benci golongan yang ingat dirinya suci gila. Saya benci orang yang tak boleh beri peluang pada manusia. Saya benci orang yang 'nak' masuk syurga secara sombong. Konon nak pi masuk sorang.

Kawan,
Hang pi tempah tiket nak fly Paris esok. Hang pi lah jelajah paris tu sorang-sorang. Makan sorang, jalan sorang, tidur sorang, bercakap sorang. Hang p try esok. Best tak ?

Atau cuba hang esok tempah tiket fly ke Paris. Siap bawa mak ayah, wife/husband, ibu dan ayah mentua, adik beradik, pakcik makcik, nenek, hatta kalau boleh hang bawalah semua orang kampung. Agak-agak meriah tak suasana percutian tu nanti ? Yup. Meriah sebab ramai.

Macam tu juga dalam syurga kawan. Kita akan lagi happy kalau lagi ramai manusia kita boleh ajak. Tapi kita selalu lupa, yang pertama sekali kesilapan terbesar kita adalah. Kita hanya tahu cakap. Tanpa 'letakkan' kita berada di posisi orang lain. Cuba kawan, cuba kita ubah diri.

Kita fikir baik-baik. Cakap baik-baik. Sangka baik-baik. Tuhan pasti berikan yang baik baik dan baik saja dalam hidup kita. Urusan semua lancar. Sebab kita serap caj positif itu berulang kali. Kita kena ingat, jangan sangka kita yang hari ini sudah bebas dari dosa. Jangan. Saya nak pesan, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Pohonlah sentiasa pada Allah. Sungguh Dia Maha penyayang kawan. Dahulukan Allah, nescaya apa saja yang datang dalam hidup kita menjadi kebahagiaan dan kenikmatan buat kita.

Saya tulis begini sebab apa kawan ? Sebab saya pernah 'rasa' betapa berdebar-debarnya saat kaki hamba hina ni masuk dalam masjid dan bermonolog dalam hati, "Tuhan. Pandang aku Tuhan. Terima aku Ya Rabb. Tuntun aku Ya Allah. "

I know that feel.
I know.

Then what ? masa tu, macam nak teriak. Ya Allah. I don't know whats playing in my mind now. But please Ya Allah. Please. Please look at me.

Sebab tu janganlah jadi 'manusia' yang suka 'menjahanamkan' niat orang lain. Kita ni bukan baik sangat untuk menjadi 'asbab' seseorang itu futur dan taknak balik ke pangkal jalan. Lalu ke neraka. Know that transformation sometimes begins with a fall. So never curse the fall. The ground is where humility lives.

Take it. Learn it. Breathe it in. And then come back stronger, humbler and more aware of your need for Him. Hidup ini 'tiada yang istimewa' melainkan taat dan sujud pada Tuhan.

Sekian.

Nurul Hassanah
30 july 2016
12.05 am

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Rindu menulis panjang-panjang. | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment