Sharing from NH 🌸
Saya kurang bersetuju dengan suami yang set dekat kepala, " Alaa.. balik kerja nanti pun jumpa isteri kat rumah. Tak perlu reply mesej. Tak perlu lah seen. Tak perlulah bluetick. Dulu kan dah puas hidup romantik. Bini aku ni tak faham ke. "
Murabbi saya pesan.
Lelaki ni sifat 'romantik' tu kena berkekalan. Rujuk balik sirah dan kehidupan baginda bersama isteri.
Kalau zaman Rasulullah mungkin takda wasep, fb, insta, dan lain2.. Tapi cara baginda melayani isteri sangat lah membuatkan seseorang wanita itu boleh 'cair' hatta tak kenal pun paras baginda, tak pernah dengar pun suara baginda tak pernah pun berdepan dengan baginda.
Zaman sekarang ada wasep, fb, telegram, dan sebagainya. Semua media ini sebenarnya boleh merosakkan rumah tangga tapi boleh merapatkan rumah tangga jika tahu caranya.
Setidaknya suami kena 'faham' isteri golongan yang nak 'disayangi' everytime. Kadang mereka tak kisah pun lah dompet hang nipis. Tapi mereka cuma nak kasih sayang. Nak rasa sayang itu sentiasa 'subur'.
Bukan masa muda ja
Tapi sampai tua.
Bahkan sampai mati.
Cuba terapkan sikap 'mengambil hati' sebagaimana ceramah dan forum yang sentiasa dibawakan oleh Ustaz Ebit Lew ke arah keluarga bahagia. Betapa banyaknya keluarga atau pasangan suami isteri yang menitiskan air mata bila mengenangkan cara masing-masing melayan pasangan.
Isteri ni lain ye para lelaki. Saya tak ada pengalaman. Tapi saya kutip banyak pengalaman dari rumah tangga orang.
Hatta dengan ungkapan
" Abang rindu sayang kerana Allah "
Pun dah memadai walaupun seminggu dapat mesej 1 kali bagi si isteri.
Bayangkan,
Segala penat isteri urus anak-anak, urus rumah, urus makan minum, pakaian, urus ini itu kemudian 'hilang' segala kepenatan begitu saja bila dapat satu pesanan ringkas sebegitu.
Mungkin ada lelaki di luar sana berkata,
" Orang perempuan kena faham, kebanyakan lelaki memang sangat menghargai isteri mereka. Tetapi cara menterjemah penghargaan itu saja yang kebanyakan lelaki tak tahu nak buat macam mana walhal semua benda dah buat seperti bawa berjalan, makan, bagi hadiah dan lain2. Tapi masih lagi dikatakan tidak menghargai. Orang perempuan ni sebenarnya alien. huhu. "
Tapi kena ingat, alien alien pun, alien ini juga yang hang cari masa hang 'perlu'.
Para ulamak berkata, sabar melayan karenah isteri adalah pahala baginya. Maka sabar ok sabar.
Isteri sakit tanggung kandungan 9 bulan.Isteri sakit badan, belakang, kaki, tangan, dan segalanya sepanjang tempoh bersalin dan berpantang. Isteri korbankan banyak perkara. Kadang isteri tak tidur malam berjaga anak-anak hang, isteri tak cukup makan sebab nak guna wang untuk keperluan anak hang.
Takkan dengan menghantar satu mesej,
" Abang cinta sayang "
Pun berkira ? Itu satu hal. Yang satu hal lagi bila buat isteri macam 'bukan isteri'.
Dulu bukan main. Zaman bercinta dasyat!
Kemainnnnnn habis top up
RM 50, makan meggy kari dan laksa seminggu sanggup. Kadang ada yang berbulan makan meggy sebab duit guna beli top up.
Sepatutnya semakin lama berumah-tangga,
Semakin 'tinggi' rasa cinta itu.
Sibuk bukan 'alasan' untuk tidak mengambil berat terhadap pasangan. Titik.
#KakHassanah
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Saya kurang bersetuju dengan suami yang set dekat kepala, | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment