| Sharing from NH πΈ
Terbaca,
" Saya tak cemburu melihat pelajar yg bersekolah di 'luar negara'
sebaliknya, saya cemburu melihat pelajar yang berpendidikan di sekolah2 tahfiz, pondok, dan madrasah."
Dan ini membuatkan saya teringat akan kisah perjuangan seorang kakak 'last year', yang menyambung pengajiannya di Australia mengikuti suaminya, yang mana beliau masih setia dengan pakaian labuhnya, setia dengan kemantapan peribadi dan sahsiahnya, setia dengan perintah Tuhan-Nya, setia dengan murni pekerti bicaranya, setia dengan kebaikan yang sudah sebati dengan dirinya. And yes, saya lebih cemburukan mereka yang 'berada di luar negara' yang mana persekitaran di kelilingi dengan pelbagai dugaan yang hebat, dari segi pergaulan, pakaian, gaya hidup dan sebagainya tetapi mereka utuh dengan 'agama' mereka. Tidak pernah goyang, rapuh hatta tersungkur.
Perlu diingat, orang yang dicintai Allah bukan orang yang 'belajar agama' semata-mata, tetapi orang yang 'beramal dengan agama'.
May Allah bless us !
Semoga tetap di jalan Allah.
Dua hala pendapat.
Bukan 'menjatuhkan', tetapi 'meraikan'.
Anda anda.
Saya saya.
Anda saya.
Saya anda.
Anda cerminan saya.
Saya cerminan anda.
πΈ
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Saya tak cemburu melihat pelajar yg bersekolah di 'luar negara' | Sharing from NH πΈ "
Post a Comment