| Sharing from NH πΈ
Assalamualaikum semua.
Sejak akhir-akhir ni, ramai pm terutama yang wanita sama ada kat whatsapp atau fb mengenai darah haid. Masih confius dan tidak tahu membezakan dengan darah istihadah.
Contoh ringkas.
10 - 17 februari.
Anda haid.
Kemudian 1 mac keluar darah semula. Adakah ia haid atau Istihadah ?
Ok kira pulak.
18 - 29 februari
Ada berapa hari ?
12 hari betul ?
At least untuk SUCI HAID tempohnya adalah 15 hari.
Contoh awak berdarah semula pada tarikh 3. Mac..
So 18 februari - 3 mac
Cukup 15 hari suci. Maka bila datang darah pada 3 mac tadi itu adalah haid. Sebab tempoh suci 15 hari. Tapi jika sebaliknya iaitu datang darah seterusnya pada 1 mac seperti yang saya katakan tadi, itu adalah darah Istihadah. Sebab just 12 hari je.
Jadi, kalau berdarah semula pada 1 mac, BELUM CUKUP 15hari kan ? jadinya itu darah istihadah. Tapi bila dah lepas 15hari, boleh hukumkan darah pada hari selepasnya itu sebagai haid (jika cukup syarat haid) dan tengok pada adat kebiasaan tempoh suci anda berapa hari.
Ok orang yang istihadah ni boleh solat tak ?
Boleh baca quran tak ?
Boleh tiada masalah.
Sebab dia sama macam orang yang suci. Cumanya dia kena ambil wuduk selepas waktu solat. I mean, satu wuduk untuk satu solat fardhu sahaja.
Wallahualam.
Mohon betulkan saya jika ada yang salah yaaa Insya Allah boleh sebarkan kepada sahabat-sahabat yang masih keliru.
|πΈ
#KakHassanah
#SebarkanIbrah
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Sejak akhir-akhir ni, ramai pm terutama yang wanita sama ada kat whatsapp atau fb mengenai darah haid. | Sharing from NH πΈ"
Post a Comment