Sharing from NH 🌸
Sekadar berkongsi, semasa saya hadir kursus kahwin Ogos lalu, ustaz yang bagi ceramah pembukaan tu tanya kami satu soalan. " Sekarang ustaz nak tahu jawapan setiap orang kenapa dia nak kahwin ? "
Ustaz bermula daripada barisan lelaki. Jawapan lelaki yang pertama, nak hindar fitnah. Jawapan lelaki kedua nak jaga diri. Jawapan lelaki ketiga nak jaga iman. Jawapan lelaki keempat nak ada zuriat. Jawapan lelaki kelima nak lepaskan nafsu pada tempat yang betul. Jawapan semua lebih kurang sama.
Tergelak satu dewan. Kemudian ustaz tanya, kenapa korang gelak ? Itu jawapan dia yang jujur. Senyap seketika, disambung lagi sampailah habis kesemua peserta lelaki.
Tiba pula peserta perempuan. Ada yang jawab nak cahaya mata, nak rasa kesusahan ibu melahirkan, nak ada pewaris harta, nak ada pasangan yang boleh didik dan bimbing, nak kumpul pahala jadi seorang isteri, dan macam-macam lagi. Tiba dekat saya, saya terdiam.
" Haaa nak kahwin sebab apa ? "
Saya still terdiam. Semua mata melihat saya. Malu hanya Allah yang tahu. Dalam hati, " Tah aku pun taktau sebab apa ".
Tapi saya hentam entah kenapa lidah yang kelu terus jadi lembut. Sebab sunnah rasulullah. Ustaz senyum. Seolah-olah antara semua jawapan, jawapan itulah yang paling tepat.
" Boleh ustaz nak tahu peserta kursus kahwin yang berumur 25 tahun ke bawah ? "
Wahid, isnaini, salasa, arba'ah, khamsah, sittah, sab'ah, samaniyah, tis'ah, 'asyarah. . . . . . . . . . . . . . .
Sampailah ke angka 16 ustaz stop.
16 orang.. Ramai (sambil usap janggut) pandang kami dalam dewan.
" Siapa kat sini kahwin muda sebab trend ? Nampak member kahwin dia pun nak kahwin ? "
Semua saling pandang-memandang. Hatta sebetulnya memang ada orang yang sebegitu. Member kahwin dia pun nak kahwin. Kemudian ustaz ada jelaskan, untuk zaman mencabar sekarang. Zaman yang mana dajjal dah nak keluar, biarlah penuhi ilmu di dada dulu sebelum kahwin sebagai 'langkah' berjaga-jaga agar dapat selamatkan isteri dan anak-anak kelak. And yes, antara salah satu apa yang kita nampak semakin menjadi-jadi hari ini adalah kes cerai pasangan muda yang semakin meningkat.
Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Tapi tapi tapi, adakah apabila telah selesainya akad nikah maka kita telahpun 'selamat' mengikut sunnah ? Tidak. ??
Bahkan 'sepanjang' mengharungi onak duri perhubungan itu. Murabbi kami pernah pesan,
Kalau Allah kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah akan beri. Tapi masih ada perempuan mahupun lelaki yang 'takut'.
Kenapa mereka takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Ataupun isteri yang solehah dan taat. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, adalah berkait rapat dengan kita. Ya ! apabila kita tidak dapat berhubung dan mengingati Allah. Maka selagi itulah kita tidak dapat rasai ketenangan. Anggaplah yang diuji terusan bujang itu 'peluang' untuk perbaiki segala amal.
Why not ? ??
Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang permainkan saya".
Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah, Allah tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah.
Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kaya. Yang Maha segalanya. Hatta aliran salur darah dan juga degupan jantung dalam badan kita sekarang ini hanya 'tunduk' dan 'patuh' pada arahan Tuhan. Sekalipun kita tidur berdengkur. Maka kuasa Tuhan mana lagi yang kau perlu sebagai 'bukti' Maha Gah-nya Allah? ??
Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa mereka kahwin?
Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah ? Pernah kan ? Selalu.
Tapi orang yang kahwin kerana Allah, akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya juga memilih bersama kita kerana Allah. Sebab itulah terjadinya kes cerai yang berlambak sebab gerabak kehidupan rumah tangga tidak ikut sunnah yang sitematik.
Ramai orang salah anggap. Dia kata zaman dah berubah. Kalau tak ada duit, kewangan tak stabil macam mana nak sara bini dan anak-anak ? Ekonomi teruk. Baik cerai. Amboih. Habis sebelum kau nak halalkan bini kau, mana pergi 'usaha' kerja keras selama ini ? Bahkan pada zaman para sahabat dulu lagi susah. Nak tahu sebab apa ?
Sebab kita tak betulkan rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbi. Contoh paling senang nilai solat. Kalau hendak tahu sama ada Allah terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh 'rasa' solat kita lalai atau tidak. ??
Allah has a plan for you, but fulfillment of that plan is up to you, the choices you make, as well as your 'degree' of faith, persistence and determination.
"Termasuk tanda-tanda menurut kehendak hawa nafsu adalah cepat-cepat melakukan amalan sunat tetapi malas untuk melaksanakan amal yang wajib".
-Ibnu Athoillah al Sakandari
Menuntut ilmu fardhu ain itu wajib sebelum kahwin atau selepas kahwin. Semasa muda atau semasa tua. Ketika sihat atau ketika sakit. Waktu lapang atau waktu sibuk. Kecuali mati.
Wallahualam.
https://telegram.me/kakHassanah
0 Response to "Semasa saya hadir kursus kahwin | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment