Siapa usaha lebih dia dapat lebih | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Kita hanya melihat video perlumbaan 5 minit beliau tapi kita tidak melihat betapa sakit dan peritnya latihan beliau selama ini. Kita juga mungkin telah terlupa dengan kemalangan yang dialami semasa perlumbaan yang lalu. Bahkan kita tidak pernah tahu kesedihan dan kekecewaan beliau selama 10 tahun demi mencapai GELARAN JUARA ITU.

Tapi hari ini saudara Azizul telah membuktikan beliau adalah Juara Dunia. Dan yang paling penting, dia adalah juara di hati kita selamanya!

Jika kejayaan beliau di dunia ini pun sudah memakan masa selama 10 tahun, maka tidak hairanlah jika sebelum ini alayyarham tuan guru nik aziz pernah berkata:

" Jika kita tanam lada, 40 hari dapat hasil boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar sebab itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan memakan masa 40 hari tetapi makan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar, jadi padanlah menunggunya begitu lama iaitu 'selepas mati' baru mendapat hasil. "

Begitulah roda kehidupan ini sama ada di dunia mahupun akhirat. Siapa usaha lebih dia dapat lebih. Salam jumaat. Al-fatihah buat saudara seagama kita yang dah pergi menemui Dia.

Bantu saya SHARE sama-sama. 

#NH

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Siapa usaha lebih dia dapat lebih | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment