Wednesday, April 26, 2017
Sifat sabar hanya diperolehi di dalam diri kita sendiri. | Sharing from NH 🌸
| Sharing from NH 🌸
Assalamualaikum semua
Pagi ini sihat iman ? 💪
Sikit-skit sabar
Sikit-sikit sabar
Sabar sabar sabar
Tiada nasihat lain ke ?
Pernah dengar orang cakap begitu ?
Pernah bukan ?
Kita ni ada masalah
Sampai nak nangis pun ya juga.
Sampai nak rebah segala bagai fizikal kita kerna give up. Tak terdaya nak bangun.
Lagi-lagi bila orang kata
" sabar. . "
Kita nak je teriak kat dia,
" sabar sabar sabar ! Kalau kau alami, aku kata sabar. Kau rasa apa ? "
Right ?
Manusia..
Bila dinasihat
Kata ini
Bila tak dinasihat
Kata itu
Ya tidak mudah kita nak menakluki atau menguasai kekuasaan sesuatu kesabaran. Ini disebabkan kesabaran bukan boleh dibeli di kedai runcit mahupun di kedai mamak. Ke boleh beli ? 😂
No.
Sifat sabar hanya diperolehi di dalam diri kita sendiri. Dalam diri awak, dalam diri saya, dalam diri kita 😊
Jika kesabaran dapat menguasai minda dan emosi awak, insya Allah segala halangan mendatang pasti dapat diharungi dengan izin-Nya.
Awak.
Percayalah.
Kesabaran tidak pernah merugikan awak walau sedikit mana pun bahkan menguntungkan awak. Lebih-lebih lagi kalau awak bersabar kerna mengharap redha-Nya.
Dugaan yang bersilih ganti, takkan pernah 'menjatuhkan' harapan awak, jika benar semua itu kerana Allah.
Selamat berhujung minggu.
Mohon doa semua.
Ni dah 4 hari demam panas
Allah sayang lah tu 😊
Sebarkan Ibrah
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Sifat sabar hanya diperolehi di dalam diri kita sendiri. | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment