| Sharing from NH 🌸
Skill yang saya gunakan untuk menghafaz ayat-ayat Quran adalah dengan mengulang, mengulang, dan terus mengulang.
Caranya begini,
Ayat 1-5 baca melihat
Ayat 1-5 baca tanpa melihat
Ayat 6-10 baca melihat
Ayat 6-10 baca tanpa melihat
Kemudian Ayat 1-10 baca melihat
Dan ayat 1-10 baca tanpa melihat
Cara ini selalunya saya praktikkan ketika berdepan dan menyentuh 'kitab suci Kalamullah'.
Masa yang saya pilih untuk cantikkan lagi hafalan iaitu pada jam 3 pagi ke atas. Sebelum atau selepas qiam.
Untuk skill santai dan seronok pula.
Cara hafalan yang saya gunakan ialah kaedah 'relax mind'.
Saya sediakan satu pendrive kemudian masukkan 30 juzuk ayat Quran untuk dipasang ketika saya sedang drive.
Satu pendrive lagi saya sediakan untuk semua ayat yang terkandung dalam Quran dari muka surat depan hingga belakang.
Sepanjang perjalanan pemanduan saya hanya ulang ulang ulang ayat quran sehingga saya dapat respon positif dari otak saya untuk refleks balik hafalan saya. Tak kira drive setakat depan rumah pun yang mengambil masa selama 10 minit, saya tetap mainkan pendrive tadi.
Kemudian saya download 30 juzuk tadi ke dalam memori telefon bimbit. Saya akan pasangkan ketika sedang study, membaca, menaip, berjalan, menunggu teksi, dan apa jua perbuatan saya dengan cara menggunakan 'earfon' di telinga.
Saya juga akan listkan juzuk-juzuk yang sudah melepasi kemudian pilih juzuk tertentu untuk kerap mendengar sebelum masuk tidur. Selalunya saya akan tidur selepas menghafaz. Jika hafalan yang saya target tu belum settle selagi itu saya tak masuk tidur.
Bila di rumah, saya akan hidupkan suasana Quran bergema dengan gah. Biar memecahkan kesunyian di segenap ruang. Dalam bilik, ruang tamu, dapur saya akan mainkan audio ayat-ayat quran. Sehingga satu hari, ketika saya sedang memasak. Saya secara 'tiba-tiba' membacakan surah yasin padahal tanpa dipinta pun. Pernah juga saya tidur dalam keadaan membaca surah al-mulk. Inilah yang dinamakan cas positif yang sudah mengalir dalam darah daging kita sehingga apa jua aktiviti mulut terkumat-kamit dengan ayat quran.
Saya lahir tidak mengenali alif ba ta.
Saya lahir dalam suasana keluarga yang agak 'besar' kebanyakannya 'not yet muslim'
Saya lahir memiliki ibu dan ayah yang mualaf.
Tapi ini bukan penghalang saya untuk mengecapi SYURGA DIA.
Kehidupan orang yang soleh itu sentiasa tersusun cantik dengan adanya amalan 2Q
1. QIAMULAIL
2. QURAN
https://telegram.me/kakHassanah
😊

0 Response to "Skill yang saya gunakan untuk menghafaz ayat-ayat Quran adalah | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment