Suami itu beruntung apabila dia memiliki seorang isteri yang BERAGAMA | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Suami itu beruntung apabila dia memiliki seorang isteri yang beragama, baik akhlak, taat, tidak degil, pandai melayan suami, serta manis mulutnya. Walaupun isterinya itu tidaklah secantik mana, bahkan sekalipun kulit dia hitam tapi bila hati dia bersih maka suami akan nampak isterinya itu putih walaupun satu dunia kata isterinya itu hitam.

Buat apa dapat isteri yang cantik jelita, seksi, cun, putih melepak, tapi degil tak dengar nasihat, tidak bersyukur, tidak melayan suami, mulutnya pula macam 'naga berapi' selalu membakar hati suami.

Sebab itu sampai saat ini,
Saya 'merayu' kepada semua sahabat muslimat, tuntutlah ilmu fardhu ain. Pelajari kitab muhimmah. Barulah jadi isteri yang cerdik. Guru kami kata, perempuan itu banyak yang masuk neraka kerana berpunca daripada dosanya kepada suami. Nauzubillah.

Maka berkata guru kami, kepada yang bujang-bujangan, jangan merungut jika belum berjodoh di dunia. Sekurangnya Allah 'menjaga' kalian daripada dosa-dosa kepada suami. Wallahualam.

SHARE jika bermanfaat.

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Suami itu beruntung apabila dia memiliki seorang isteri yang BERAGAMA | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment