Tentang kes Viral Shafiqah Mana Shafiqah ? | Sharing from NH 🌸

| Sharing from NH 🌸

Tentang kes Viral Shafiqah Mana Shafiqah ?

Hanya ada 2 penekanan.

1.Kepada lelaki, mahupun wanita:

Bila orang tolak cinta kita. Bila orang tak balas cinta kita, bila orang permainkan cinta kita, jangan tunjukkan 'keintelektual'
Yang begitu 'memalukan' di laman sosial sama ada facebook, instagram, twitter dan sewaktu dengannya untuk mengadu domba sekian sekian.

Ya, kita rasa sakit.
Kita sedih. Kita menangis, kita lost, kita futur dan hilang harapan, kita lemah, kita rasa nak mati, kita nak bunuh diri, kita nak terjun bangunan, kita nak kerat urat tangan dan sebagainya. Tapi adakah 'berbaloi'?

Again, adakah berbaloi membuatkan diri 'terseksa', dengan 'kesakitan' yang tak memberikan apa-apa kebahagiaan kepada kita ?

Cuba lafaz baik-baik dalam keadaan yang tenang, adakah berbaloi kita buat diri kita terseksa dengan kesakitan yang tak memberi sedikitpun manfaat pun pada kita ? Adakah berbaloi nak bazirkan air mata pada orang yang sebegitu ?

Muhasabah balik.
Kita tak solat pernah ke kita titiskan air mata sampai nak mati bagai ?

Kita tak tutup aurat pernah ke kita titiskan air mata bersalah pada Allah ?

Kita keluar dengan pasangan kekasih berduaan, pernah ke kita titiskan air mata menyesal dengan maksiat ?

Kita sakitkan hati mak ayah, pernah ke kita titiskan air mata kerana biadab dan minta maaf pada mereka ?

Kita zalimi orang lain, kutuk si fulan, aibkan si fulan, kita canang keburukan si fulan, kita mengumpat si fulan, pernah tak kita titiskan air mata mengigati dosa-dosa yang dilakukan oleh lidah nista kita ?

Pernah ke ketika kita teringat Rasulullah, lalu air mata kita mengalir kerana rindu ?

Tak pernah, bukan ?

Pernah ke kita bayang isteri-isteri dan muslimah di palestin dibunuh dengan kejam dan sangat kejam oleh orang-orang Israel?

Tak pernah, bukan ?

Pernah ke kita nangis tengok anak-anak kecil yang kebuluran tiada makanan, tiada tempat tinggal, tiada mak ayah, bahkan ditindas oleh orang yahudi ?

Tak pernah, bukan ?

Pernah ke kita tiap kali solat selitkan nama ibu ayah merayu pada Allah untuk diampunkan dosa-dosa mereka ?

Tak pernah, bukan ?

Dosa seterusnya kau fikirlah sendiri. Saya ada dosa. Kau ada dosa. Yang bezanya bagaimana kita 'membersihkan' diri dari dosa-dosa itu.

Adik-adik yang masih 'baru' nak jinak-jinak untuk couple, atau sudah lama jinak-jinak dengan couple.

Siapa beri adik nikmat nafas hari ini ? Kita jawab Allah. Tapi cuba lihat bagaimana kita hargai Allah ?

Pandang cermin, tengok wajah masing-masing. Betapa sempurnanya Tuhan buat wajah kita. Punya kaki, tangan, mata, hidung, mulut dan sebagainya.
Yang lelaki dengan kacaknya.
Yang perempuan dengan cantiknya.

Pandang pula mak ayah, adik beradik yang kita ada. Mahupun sahabat-sahabat di sekeliling yang setia bersama sama ada susah senang. Siapa yang berikan nikmat itu ? Pastilah Allah.

Nikmat dapat kerja, punya boss mahupun manager yang baik hati, dapat masuk IPTA yang diidamkan, dapat jalan sana-sini melancong hasil rezeki Dia bagi, dapat tidur bilik yang punya aircond, bangun pagi je pembantu rumah siapkan breakfast, dapat berjalan ke kedai, ke kelas, ke office dengan kaki yang ada. Dari mana nikmat itu ?

Itu baru sikit nikmat yang saya sebutkan. Dan sebanyak nikmat yang saya sebutkan tadi saya berani katakan terlalu ramai yang 'lupa' untuk bersyukur. Tidak ada kata pujian Alhamdulillah pada Allah SWT. Maka sepatutnya kita lebih bijak untuk mengurus air mata kita pada yang 'layak' dan 'berhak'.

Perbanyakkanlah menggunakan air mata untuk menangis pada Rabb. Kerana air mata juga satu nikmat terindah bagi mereka yang 'faham'.

Biarlah. Seluruh hati dan jiwa kita dah tak kuat, seluruh jasad dah nak pitam nak mati, hancur lebur segala perasaan dan cinta yang dibina selama ini. Tapi ingat, jangan 'siakan' nikmat 'sedar' dari dosa. Itu yang paling penting. Kerana ada orang yang sedar kemudian berubah. Tapi ada orang yang sedar tapi masih di takuk lama. Pilihlah. Masing-masing ada pilihan.

Kata Tuan Guru Nik Aziz ketika hayatnya,

" Ma min saakithoh illa walaha saakithoh. Tidak ada benda yang jatuh kecuali ada yang kutip. Kita toksey ore lain nok."

Maka sekali lagi saya katakan, jangan seksa diri untuk orang yang tak cinta pada kita. Lihat sejauhmana dia mencintai Allah, maka barulah kamu boleh mencintai dia kerana Allah.

Cinta biasanya akan membuatkan kita merasa nak 'dekat' pada insan yang dicintai. Begitu ke perasaan nak 'dekat' kita pada Allah ? Muhasabah.

2. Kepada lelaki mahupun wanita:

Biasakan untuk melatih diri kita sentiasa berterus-terang dan berlaku jujur. Jika benar dah 'aim' si A untuk dijadikan bakal zaujah. Kenapa perlu menggatal dan beri harapan palsu pada si B,C,D,E,F until si Z ?

Begitu juga wanita. Jika dah 'aim' lelaki itu untuk jadi bakal SUAMI, kenapa perlu melayan ramai lelaki yang cuba menagih cinta ? Adakah diri haus dengan nafsu ?

Konsepnya, kalau suka kata suka. Kalau tak suka, kata tak suka. Kalau dah kita cakap suka bagai tiba-tiba lagi seminggu kahwin pulak dengan orang lain baru nak bagitahu. Itu lebih sakit sebenarnya. Biarlah berterus-terang dengan cepat, walaupun sakit tapi sekurangnya kita sakitkan dia dengan kejujuran bukan bahagiakan dia dengan 'kemunafikan' atau kepalsuan.

Kita menggangap menzalimi perasaan orang lain adalah hal biasa dan remeh-temeh tapi kita lupa setiap perlakuan akan dipertanggungjawabkan secara cash sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Beringatlah selalu, Allah tidak pernah 'tidur'. Jangan rasa 'tersekat' dengan perasaan 'kasihan.' Kononnya kita taknak berterus terang sebab kasihankan dia, takut dia terluka, risau tersinggung terguris hati dan sebagainya.

Begitu juga kalau kita nak hijrah. Stop dari dunia couple. Berterus terang, katakan aku takut pada Allah. Ni tak, takut nak explain konon takut kekasih hati merana jiwa. Habis Allah bagaimana ?

Allah gembira tak dengan kelakuan kita selama ni ? Allah suka tak ? Janganlah dengan perasaan 'kasihan' membuatkan diri kita tersekat untuk mendekati Allah.

Ingat,
Orang yang single bukan orang yang 'tidak laku'.

Tapi dia tahu dia akan 'menjadi laku' pada insan yang sepatutnya.

Ada orang bila nampak tulisan mengenai 'cinta' dia akan mula cop pada orang yang menulis tiada topik lain ke ?

Tapi dia lupa, cinta itu hadir dari segumpal daging yang namanya 'hati'.

Bila hati baik, maka baiklah.
Bila hati buruk, maka buruklah.

Kita tidak perlu jadi malaikat.
Cukup jadi seorang yang bertaubat.

It's never too late to start something great.

-Kak Hassanah

😊

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Tentang kes Viral Shafiqah Mana Shafiqah ? | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment