Sharing from NH 🌸
Murabbi kami ada pesan, tentang wanita yang mengidam ketika hamil. Para Sahabiah R.A mereka insan biasa ,mereka juga mengidam ketika hamil (mengandung) tapi keinginan mereka mengidam kadang tidak tercapai kerana kebanyakan mereka orang susah, miskin dan suami-suami mereka kebanyakan masanya diluangkan untuk pergi berjihad menegakkan Syiar Islam.
Walaupun tak dapat makan apa yang diidamkan, tapi dari perut-perut mereka telah lahir manusia yang Soleh Solehah, Alim Alimah, Hafiz Hafizah, dan Daie Daieyah yang menegakkan dan menyebarkan Islam hingga ke seluruh pelosok dunia juga sanggup korbankan diri mereka untuk Agama.
Kita hari ni kalau mengidam tak dapat makan, takut jadi macam ni lah, macam tu lah..
kadang-kadang minta yang tak patut minta,
kadang-kadang benda itu mustahil untuk di minta, tapi minta juga.
Semua tu sebab kita dah set mind kita, kita yang sangka macam tu.
Yakin lah dengan hadith qudsi,
ALLAH berfirman,
" Aku bertindak terhadap hambaku mengikut sangkaan hambaku terhadap ku."
Sekadar renungan dan SHARE jika bermanfaat.
Wallahualam.
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Tentang wanita yang mengidam ketika hamil | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment