WASIAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA. | Sharing from NH 🌸

| Sharing from NH 🌸

WASIAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA.

Luqman al-Hakim berpesan:
Wahai anakku,

1. sekiranya kamu sedang melakukan solat, hendaklah kamu menjaga hatimu.

2. Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah manusia, maka hendaklah kamu menjaga pandanganmu.

3. Sekiranya kamu berada di dalam majlis-majlis bersama manusia maka hendaklah kamu menjaga lidahmu.

4. Sekiranya kamu berada di hadapan makanan maka hendaklah kamu menjaga perutmu.

Beliau berkata lagi kepada anaknya:

Dua perkara yang jangan sesekali engkau ingat kepadanya:

1. Kejahatan manusia terhadapmu dan

2. kebaikan yang telah kamu lakukan terhadap manusia.

Dua perkara yang jangan sesekali engkau lupakan:

1. Berzikir kepada Allah dan

2. Ingat kepada kematian.

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "WASIAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA. | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment