Sharing from NH 🌸
" Adik dapat jawab semua soalan peperiksaan?"" Dapat. Semua senang. "
(Sambil bermain mainan yang tidak lekang di tangan. Sudah macam ala-ala chef.)
" BM dapat jawab ? "
Dia angguk.
" English ? "
Dia angguk lagi sekali.
" Matematik ? "
Sambil pandang ke arahku lantas berkata,
" Dapatlah. Semua adik jawab. "
Kemudian saya tak puas hati. Tanya lagi,
" Sains ? "
Dia diam tanpa kata.
" Sains dapat jawab ? "
Dia terus bermain dan bermain.
" Sains dapat jawab ke dik ? "
" Dapat... grrrr (sambil buat muka garang)"
Sebab dia tak suka diganggu sesiapa saat dia bermain. Hahahaha. 😂
Masa tu saya tak yakin pun apa yang adik jawab tu betul atau tidak. Dalam hati saya, entah-entah main tembak je. Main hentam. Mama sendiri ada beritahu saya, adik husna kuat main. Hatta ketika saya cuti semester dan balik ke kampung, saya nampak guna mata sendiri dia memang selalu main. Main, main dan main. Dan satu lagi saya nak beritahu, sebenarnya adik husna tak macam kanak-kanak yang lain. Ada yang 4,5 tahun sudah masuk daftar ke tadika. Tapi adik 6 tahun baru nak masuk tadika.
Dan kamilah yang menjadi guru dia di rumah. Ketika seawal usia 2,3,4, dan 5 tahun Untuk mengenal apa itu 123, ABC. Alif Ba Ta, Sirah-sirah nabi, cara-cara solat, bahkan hari ini sudah pelbagai surah-surah pendek dalam quran juga dia hafaz.
Hari ini, penyerahan buku rekod kepada Ibu bapa. Alangkah terkejutnya bila tahu kedudukan adik No.1. Sayalah orang ketiga paling happy setelah ayah dan mama. Masya Allah !
Serius!
Macam tak percaya.
Bila imbas semula, cara didikan saya terhadap adik. Memang saya tak gunakan kaedah 'skema'. Saya gunakan kaedah 'santai'. Pendek kata bukan study hard tapi study smart.
Bukan juga dengan cara menghafal tapi cara memahami.
" If you study to remember you will forget, but if you study to understand you will remember. "
Contohnya:
1. Sedang dia sedang bermain-main, sengaja saya nyanyikan asmaul husna di sisi dia. Secara tak langsung, dia pandai pula ikut saya untuk menyanyikan 99 nama Allah.
2. Kalau drive pergi ke mana-mana, hatta dalam 5 minit sekalipun. Saya bacakan surah-surah pendek. Bagi dia dengar, ulang ulang ulang. Lama-kelamaan hari esok, ajaibnya dia dah boleh ikut kita baca surah.
3. Walaupun dia sedang bermain di hadapan halaman rumah sekalipun, sama ada belajar main basikal. Try soal soal dan soal dia. Gunakan teknik tersendiri. Buat beberapa seksyen. Setiap kali dia melepasi seksyen dia kena jawab dengan betul dulu soalan barulah boleh sampai ke penamat. Contoh seksyen 1. Tanya 1 + 1 berapa ?. Seksyen 2 tanya lagi, kereta ayah dan pokok pisang mana ciptaan Allah ? Seksyen 3 tanya lagi, selepas huruf Jim huruf apa ? dan begitulah seterusnya. Percayalah anak-anak suka akan cabaran.
Sebenarnya banyak lagi cara mendidik anak-anak kecil dengan cara yang santai dan bersahaja tapi dalam masa yang sama mereka dapat 'tangkap'.
Lagi satu, biasakan lah memberi hadiah atau pujian demi pujian. Anak-anak suka pujian juga hadiah. Contoh cara memuji: Adik cantik pakai tudung ni. Mesti Allah lagi suka. Cantik sangat!
Contoh lain: Adik kalau belajar baik-baik, nanti kakak bagi hadiah besarrrrrrrrrr.. kakak beli banyakkkkkkkk. Nanti di kepala otak mereka memang 'aim' nya adalah hadiah hadiah hadiah. Tapi ingatkan mereka setelah memberi hadiah. Kalau adik belajar rajin lagi, nanti Allah lagi sayang. Allah bagi hadiah dekat akhirat.
Sentiasa kaitkan setiap hadiah dengan kebaikan-kebaikan Allah SWT. Sentiasa selawat di ubun-ubun kepala anak kecil. Berharap syafaat baginda sentiasa mencurah-curah.
Ibu-ibu,
Ayah-ayah,
Jika kita ada anak kecil.
Biarkan mereka bermain selagi mana bermain itu membuatkan mereka bahagia silakan saja.
Asalkan kita menegur mana-mana yang tidak elok untuk menjadi perisai peribadi dan akhlaknya masa depan. Dan 'cara' menegur itu pula jangan biasakan dengan menengking. Perbanyakkan teguran yang disertai dengan belaian dan sentuhan juga istigfar. Insya Allah walaupun anak-anak usia 2,3,4,5 tahun, tapi bila kita pujuk dengan lembut dan hikmah, sentuhan, belaian, doa, kasih sayang dan pelukan mereka akan tak ulangi kesilapan sama. Mereka rasa 'dihargai' dan bila mana usia semakin meningkat mereka mula faham kenapa ayah kata ini tak boleh kenapa ibu kata itu tak boleh.
Selamanya
Kekerasan takkan pernah mengalahkan kelembutan.
Kesabaran adalah mahkota iman paling tinggi. Tidak ada sesal selepas membuat pilihan kerana setiap keputusan untuk mendidik bermula dari kejernihan hati dan perasaan.
Semuanya fana.
Tidak ada satu pun yang kekal abadi. Maka didiklah anak-anak kecil dengan penuh cinta untuk menjadi seorang yang soleh kerana bila mati doa anak-anak inilah yang membantu tuan-tuan dan puan-puan.
Belajarlah jadi seseorang sebelum jadi seseorang.
Belajar jadi kakak yang baik sebelum jadi isteri yang baik. Belajar jadi abang yang baik sebelum jadi suami yang baik.
Belajar jadi isteri yang baik sebelum jadi ibu yang baik. Belajar jadi suami yang baik sebelum jadi ayah yang baik.
Begitulah sebaliknya.
Ya, saya tak berkahwin pun lagi.
Tapi ketahuilah, ilmu itu bukan hanya diperolehi oleh mereka yang telah berkahwin sahaja. Begitu juga sekiranya ada nasihat daripada seorang pelacur kepada seorang ugamawan.
Ia seharusnya tidak menjadi 'penghalang' untuk terus membaiki kesilapan lalu. Wallahualam.
#KakHassanah
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Adik dapat jawab semua soalan peperiksaan? | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment