Sharing from NH 🌸
" Apa pendapat kak H dengan artis baru yang famous sekarang? "" Haaaaaa? Siapa? "
Whatsapp saya dengan laju bluetick bluetick dan bluetick menjawab persoalan seorang follower fb.
" Kak H cuba taip nama artis ni di ig.............."
" Ohhhhhhhhhh "
Saya tepuk dahi! Artis ini yang dia maksudkan.
Saya selalu dengar nama tapi tak terdetik pula untuk stalk.
Pendapat ?
Secara jujurnya, saya tidak berpendapat bahawa beliau adalah seorang yang biasa-biasa saja, bahkan saya tidak sampai hati mengatakan 'lebih ramai' yang cun di luar sana atau seangkatan dengannya walaupun ada yang berfikiran seperti itu. Tapi satu saya ingin tegaskan.
Tidak ada mana-mana wanita di dunia ini yang diciptakan tidak cantik.
Saya ulang,
Tidak ada mana-mana wanita di dunia ini yang diciptakan tidak cantik. Tidak kira apa jua kerjaya mereka, siapapun mereka, di mana pun mereka hatta keturunan apa pun mereka.
Wahai seluruh kamu yang bergelar wanita.
Kamulah pujaan si lelaki. Sesungguhnya makhluk yang paling cantik adalah kamu. Tidak perlu bertanya pada cermin berkaca, tidak perlu mencari ramalan merata-rata. Inikan pula melakukan pembedahan plastik untuk mengubah ciptaan asal. Allah itu Maha Hebat! Allah menciptakan semua wanita di dunia ini dengan begitu indah dalam kejadian. Saya tidak bohong.
Bukankah yang memiliki senyuman paling manis adalah kamu ? Apabila kamu ketawa, dunia ikut serta. Kan ?
Bukankah kamu bijak menghias diri, nipis bibir bak delima ewah ewah. Kehalusan wajah dan gebunya terserlah ?
Bukankah kamu yang punya sifat lemah lembut mengiringi keperibadian lalu sopan santun kalian bawakan ?
Ikal mayang, serba wangi kalian dandankan menjadi tempat kemboja disanggulkan ?
Bukankah kamu memilik paras rupa menawan jejaka ? Ditambahkan lagi dengan sifat semula jadi indah, penyayang dan manja. Aduh! Pasti tergugat iman dan bergegar dinding arjuna.
Bukankah kamu yang miliki lembut dan santun di hujung bayang ? Suara merdu pada sebaris kata juga milik kamu. Bukan ?
Amboi amboi amboi tersengih sungguh baca. Kembang lah tu dipuji-puji.
Apapun balik pada agama.
Kita wanita yang beragama.
Kita wanita yang melafazkan syahadah.
Memang semua wanita di dunia itu cantik, menarik, tertarik dan memang debom.
Tapi kelebihan dalam diri seorang wanita itu adalah dari dalam. Bererti kerohanian yang selama ini dijaga sebaik-baiknya. Itulah nilai yang sangat indah buat seorang wanita yang melafazkan " ASYHADU AL LAILAHA ILLALLAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
Akhir kalam. Semua wanita itu cantik. Tapi 'cantik' yang berbeza. Saya mewakili suara wanita ingin memesan pada kaum adam.
Cukup-cukuplah 'mencuci' mata. Beristigfarlah dan terus beristigfar. Siapapun kita, sama-samalah beristigfar.
Ingat !
Bagi yang sudah beristeri tapi masih 'gediks' dengan wanita lain walau di alam maya, di syurga esok isteri tuan-tuan yang akan menjadi ketua bidadari. Malah lebih berganda kecantikan, kecomelan, dan kejelitaan mereka mengalahkan bidadari syurga yang sedia ada.
Syukurlah nak.
Berkedut di dunia tapi tidak di syurga.
Untuk semua kaum hawa yang dirahmati Allah, berfikirlah. Mana ada ikan segar yang tidak diterkam oleh kucing ?
Rafakkan kesyukuran kerana kita dicipta dengan sebaik-baik kejadian. Remember, being sexy doesn't mean you have to show your aurah.
Atas rasa tanggungjawab,
Aku telah menyampaikan Ya Allah.
Persaksikanlah.
🌸
#KakHassanah
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "" Apa pendapat kak H dengan artis baru yang famous sekarang? " | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment