B A H A G I A ? | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
B A H A G I A ?

Selawat dan baca dengan tenang. ??
Apa definisi bahagia buat kita ?

Adakah apabila kita melalui zaman kanak-kanak ribena dengan bermain dengan kawan-kawan tanpa mengira jatuh, luka, sakit, tersungkur mahupun berdarah ?

Atau mungkin saat kita mula berganjak zaman remaja kemudiannya melalui fasa jatuh cinta pandang pertama ? Saya ulang, 'mungkin'.

Atau ketika berganjak ke alam dewasa sesudah memiliki pekerjaan yang bagus ? Suami yang kaya raya ? Isteri yang cun melecun cantik ? Kehidupan yang mewah ? Rumah yang gah ? Anak-anak yang ramai ? Harta yang melimpah ruah ? Pangkat yang tinggi ? Nama yang tersohor ? Dan lain-lain. .

Semua itu hanyalah kemungkinan 'definisi' bahagia buat sesetengah dari kita.

Tapi ketahuilah. .

Ada satu bahagia yang sering kita lupa hingga saat ini. Ya, bahagia yang semakin hari semakin pupus dalam kalangan anak-anak.

Tidak kira siapapun anda hari ini, di mana pun anda hari ini, anda masih seorang 'anak' kepada seorang ibu. Bezanya adalah, ada yang ibunya sudah meninggal dunia, ada ibunya yang masih hidup di sisinya, ada juga yang ibunya hilang tanpa jejak bahkan ada yang tidak pernah mengenali seorang insan yang bergelar ibu kandungnya dan lain-lain lagi. Semua itu hanyalah asbab, kerna setiap manusia punya pelbagai cerita dan kisah. Ada kisah yang hampir sama. Ada yang tak sama. Bahkan ada yang sama dan benar-benar sama.

Anakku.
Dengarlah anakku..

Bahagia itu apabila kita di campak di mana sekalipun, kita tak pernah melupakan ibu ayah.

Kita tak pernah 'ponteng' untuk menghubungi ibu ayah sekalipun hanya melafazkan tanya khabar.

Kita tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan mak ayah, kesihatan mak ayah, perlindungan mak ayah, kekuatan mak ayah, pengorbanan mak ayah, keberkatan umur mak ayah, bahkan pengakhiran terbaik mak ayah.

Sekalipun mereka telah pergi jauh dan jauh meninggalkan kita sendirian di dunia ini. Kita masih mahu menangis kepada Allah semata-mata memohon pengampunan mak ayah ketika hayat, kita menadah tangan, bersungguh, merayu, merintih, mengadu, dan kita rasakan dada kita pada awalnya sakit kemudian menjadi tenang saat kita lepaskan semua pada Allah.

Saya teringat seorang adik yang berusia 9 tahun pernah bercerita kepada saya sambil menangis teresak, bahawa dia teringin melihat dengan matanya sendiri siapa ibu kandungnya.

Menangis.
Menangis saya.

Saya hilang kata, mulut terkunci.
Mata tewas dengan sebuah luahan cinta. Ya! Cinta akan ibunya..

Bagaimana mungkin anak sekecil itu boleh 'mempertahankan' kekuatan cintanya kepada orang tuanya. ?

Lalu saya ini anak sebagai apa ?
Anda anak sebagai apa ?
Kirakan saja usia ibu kita hari ini.

40 tahun ? Muhasabah dan putar semula memori berapa banyak kita berjasa pada ibu ayah sepanjang usianya ?

50 tahun ? Muhasabah dan putar semula memori berapa banyak kita ini biadap sama ada terangan mahupun sembunyi ?

60 tahun ? Muhasabah dan putar semula memori berapa banyak dosa-dosa kita pada ibu ayah sama ada dosa yang mereka maafkan mahupun dosa yang mereka masih terasa hati sampai saat ini ?

Inikan pula 70 tahun, 80 tahun dan selanjutnya.

Anakku.
Fahamilah anakku.

Ibu dan ayahmu.

Tidak kisah berapa banyak kejayaan yang kamu rangkul. Berapa banyak kemewahan yang kamu miliki. Berapa banyak penghargaan dunia dunia dan dunia.

Hanya satu anakku.
Jangan lupakan aku sebagai ayahmu.
Jangan lupakan aku sebagai ibumu.

Buruk mana pun, cela mana pun, hina mana pun, kotor mana pun, jijik mana pun, miskin mana pun, bahkan jahil mana sekalipun.

Dia tetap ibu.
Dia tetap ayah.

Manusia, sering tertipu.
Hilang baru hargai...

Nanti ketika takbir raya,
Ada yang masih menikmati awal syawal bersama kedua permata itu.

Juga ada yang sudah tak menikmati syawal bersama kedua permata itu.

Ya Tuhan,
Jangan kau masukkan ibu ayah kami ke dalam neraka-Mu.

Malam ini.

10 malam terakhir di bulan Ramadan. Kehadirannya setahun sekali. Bulan yang mana doa sangat 'mudah' di makbulkan.

Doa!
Doalah anakku.
:')

Ikhlas,
#KakHassanah

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "B A H A G I A ? | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment