Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan.

Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai di luar sana tidak perlu menutup aurat kerana sukar mencapai tahap keikhlasan.

Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai di luar sana tidak perlu menyebarkan dakwah kerana sukar mencapai tahap keikhlasan.

Sekiranya ikhlas adalah alasan yang 'menghalang' kita untuk move on dan beramal. Maka itulah kesilapan pertama kita.

Sebab kita beranggapan ikhlas dulu baru buat.
Walhal buat dulu baru munculnya ikhlas.

Contoh situasi,

Saya takkan percaya pada lelaki yang sekadar lafaz i love you.

Sebab saya dah 'lali' dengan perkataan cinta tanpa keikhlasan.

Ikhlas ni dia takkan pandang paras rupa, harta pangkat, kecantikan, kekayaan, kelebihan etc2..

Tapi ikhlas ni dia terima aib kita, cela kita, buruk kita, kerdil kita, sampai satu saat kita merintih pada Allah dan di bibir kita masih melafazkan,

" Ya Allah. . Ampunilah dia Ya Allah. Ampunilah dia. Ampunilah dia. "

Walhal ketika itu boleh saja kita maki hamun dia. Tendang dia. Belasah dia. Tapi kerna ikhlas, kita menerimanya dengan harapan Allah memberi pertolongan dalam segala hal.

Itu contoh.

Love is not about 'how much' you say i love you. But, how much you can 'prove' that it's true.

Just believe in yourself.
Even if you don't, pretend that you do and some point you will !

:')

#KakHassanah

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment