Bunyi cicak. | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Pernah satu malam,
Saya buka insta.

Start 9 pm until 4 am.
Fuh ! Berjam-jam.

Bahkan pernah saya buka insta sambil baring caj hp !

Stalk stalk stalk.
scroll and scroll again.

And finally.
I'm tired.

Mata mengantok.

Then pandang syiling.
Eh. . Eh. .
Cicak pandang saya. Saya cakap kat cicak.

Hoi cicak ! Ni aku nak tanya kat kau ni haa cicak. Kenapa ek ramai wanita yang 'perfect' di Insta ? Kecantikan depa, kehidupan depa, kebahagiaan depa and everything nampak perfect ?

Cicak jeling saya.
Tak jawab apa-apa.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

" Cicak oii. . Ceq tanya hang ni cicak. Nak kena lastik dak ? "

Cicak diam.

Saya cakap kat cicak,

" Kau nak tahu tak cicak ? Aku jeles tengok kehidupan beberapa orang dekat insta tu. Kejayaan depa, kecantikan depa, keanggunan depa, kemewahan depa, kesempurnaan depa, kebahagiaan depa sampaikan ramai lelaki memuja-muja dan memuji-muji gila kaw-kaw kat depa.. Fuh ! Perempuan mana yang tak suka perhatian cicak oii ? Perempuan mana yang tak kembang dikata comel, cantik, cun melecun, seksi meksi, menarik tertarik dan memang debom ? Hai lah cicak. . Aku ikutkan hati nak upload juga macam depa. "

Cicak kenyit mata.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Tapi tapi tapi. (Sambil usap dagu)

Untuk apa aku nak bandingkan hidup aku dengan orang lain ?

Untuk apa aku nak bandingkan kecantikan aku dengan orang lain ?

Untuk apa Body aku dibandingkan dengan orang lain ?

Untuk apa Seksi aku dibandingkan dengan orang lain ?

Untuk apa harta pangkat kemewahan aku dibandingkan dengan orang lain ?

Untuk apa kebahagiaan, dan ke 'suwit' tan aku dibandingkan dengan orang lain ?

Untuk apa kejayaan aku, kesempurnaan aku, kenikmatan hidup aku, dibandingkan dan terus dibandingkan dengan orang lain ?

Sedangkan wahai diri.
Perbandingan yang terbaik itu adalah kita membandingkan diri kita yang dulu dan hari ini.

Ya, Kita manusia sentiasa ada satu perasaan 'mahu dipandang' tak kira dari segi apapun yang kita lakukan.

Kalau boleh, kita mahukan satu dunia ini mengenali dan mengagungkan kita.

Kalau boleh, kita mahukan seisi manusia di bumi ini berdamping dengan kita.

Kalau boleh, kita mahukan segala-galanya. Dari sekecil-kecil nikmat hingga sebesar-besar nikmat.

Ya, facebook, insta, twitter, dan segala macam jenis laman sosial boleh menjadikan seseorang itu munafik. Kita tidak jujur pada diri dan orang lain. Kita banyak berlakon dan berfoya. Kita banyak bersembunyi di sebalik nama, jawatan, pangkat, tempat tinggal dan sebagainya. Kita tidak jadi diri sendiri. Kita mahu kelihatan 'sempurna' di khalayak teman-teman dan pengikut. Kita cari keseronakan dan menunggu pujian serta pujaan manusia. Lalu, kita masih tercari di mana ketenangan ? Kita mahu mempamerkan kecantikan pada dunia. Lalu hadir lelaki-lelaki yang hadir memerhati gerak-geri kita dari setiap inci tubuh dari gambar yang di upload. Setiap inci tubuh dari video yang di upload.

Dan akhirnya banyak yang rosak kerana benda ini. Hilang maruah dan harga diri. Ramai tidak ada rasa malu. Islam sudah seperti 'terkubur'.

Masya-Allah.

Bila saja ada terdetik niat ke arah itu. Cepat-cepat lah muhasabah dan istigfar. Kerana ingatlah. Dunia ini hanya pentas penipuan. Tempat 'muslim' itu mencari perhatian tapi berbeza dengan 'mukmin', di mana dunia adalah tempat mereka meningkatkan amalan.

Pun begitu. Jangan juga sentiasa merasakan diri terlalu baik. Kerna mereka berbuat dosa dalam keadaan mereka tidak mengetahui sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan kita telah mengetahui.

Mari kita belajar untuk semat sifat qanaah dalam diri. Sentiasa merasa 'cukup' walaupun nikmat yang diberikan ke atas kita tidaklah sehebat seperti apa yang dimiliki oleh orang lain.

Believe me, jalan Allah tidak pernah mengecewakan kita. Ulang, jalan Allah tidak pernah mengecewakan.

Kita sering tersalah faham. Kita sangka siapa yang hebat di dunia dia juga hebat di mata Allah. Walhal, siapa yang hebat di mata penduduk langit lah sebenarnya hebat pada pandangan Allah.

Kita akan mati.
Kita semua akan mati.

Kita tak bawa apa-apa melainkan amalan semata. Melainkan amalan semata. Melainkan amalan semata. Dan untuk membawa amalan kenalah balik pada jalan Tuhan. Kenalah balik pada jalan Taubat.

Islam tidak pernah menutup peluang kepada kita. Kita yang sering 'lari' dari peluang. Kita yang sering siakan setiap peluang. Kita buta menilai hikmah dalam kehidupan.

Kita lebih banyak puaskan 'jasad' tapi tidak ada kepuasan 'ruh' dalam mencari kebahagiaan yang sebenar. Sememangnya mata kasar manusia itu tidak dapat melihat bagaimana sebenarnya syurga itu, kaindahannya, kecantikannya, kenikmatannya, keselesaannya, kepuasannya, dan keseronakannya.

Tapi percayalah.
Syurga itu pasti.

Ya.
Pasti !

- - - - - - - - - - - - -

Bunyi cicak.

- Kak Hassanah
- 2 July 2016
- 12. 05 am

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Bunyi cicak. | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment